Thursday, December 11, 2014

=PENAMPAR=

Perihal penampar, ini fakta atau atau: petikan dari facebook

"PENAMPAR adalah salah satu penawar yang mujarab dan berkesan untuk semua jenis penyakit terutamanya penyakit yang suka MENYIBUK hal orang"


Mungkin  agak sesuai juga untuk sesetengah orang yang memang tak faham bahasa yang suka nak jaga tepi kain orang lain. kalau perkara yang baik-baik tak apalah juga. tapi kalau dah dari A to Z semua nak menyibuk, sorry to say, memang sesuai.. ibarat kain sendiri koyak tak nampak, kain orang yang jarang dilebih-lebihkan.

Tapi biarlah berpada, kita ni ada adab
siapa lah kita untuk menampar orang
tak ada hak pun.

Apa yang boleh kita buat, bersabarlah
beristighfarlah
mohon Tuhan lembutkan hati orang yang suka menyibuk itu...

Mungkin selama ni dia tak sedar,
Mungkin selama ni juga tak ada sesiapa pun yang tegur
Jadi si polan yang suka menyibuk ni pun tak sedar sebab tak ade sesiapa ingatkan dia

Jadi, ada baiknya ingat mengingati semasa insan
Moga beroleh kebahagian sejati!

"Kerana pulut santan binasa
Kerana mulut badan binasa!"

No comments: