Saturday, March 29, 2014

=sempadan golok vs jawa=

Hidup ini indah. Ada kalanya sukar untuk menjangkakan sesuatu. Kata pepatah, manusia hanya merancang, tetapi Tuhan yang menentukan. Sebaik mana pun perancangan, tapi kalau Tuhan tidak mengizinkan, sesuatu benda tak akan jadi. Tapi sebagai hambaNya, kita kena sentiasa berdoa moga dipermudahkan segala urusan yang hendak kita lakukan.

Andai yang baik datang kepada kita, syukurlah. Andai yang buruk mendekati kita, terimalah. Belajar jadikan sempadan. Cungkillah disebalik kejadian. Tentunya ada hikmah. Tuhan akan sentiasa bersama orang yang sabar.

*****************************************************************

Perancangan Tuhan itu terbaik. Siapa sangka sang sempadan golok boleh bertemu jawa. Itulah takdirnya, Syukur padaMu Ya Allah.




Friday, March 28, 2014

=biasa-biasa seperti biasa=

Ok. dah berkulat blog yang biasa-biasa ini. Andai dapat dihitung, ditimbang mungkin dah berkati-kati sawang yang ada. Tak ada siapa pun yang kesah. Maklumla biasa-biasa saja. Tiada kelebihan pun. Hanya biasa-biasa.

Andai tak percaya, cuba tengok, cuba lihat. hanya biasa-biasa. Pengisian kali ini pun biasa-biasa juga. Tiada yang menarik dari biasa-biasa. Nak jadikan pengajaran apatah lagi. tak perlu rasanya. 

Namun dalam biasa-biasa, semangat itu masih ada, walaupun semangat biasa-biasa. Tangan yang biasa ini juga dah mampu untuk menulis hingga tinta ini yang biasa-biasa. Bagi yang tidak biasa, harap maaf dari tuan yang biasa-biasa ini.

Sekian, dari tuan yang biasa-biasa.

[yang bisa-biasa kadang-kadang lebih bernilai berbanding yang "over"biasa]