Friday, December 12, 2014

=alangkah beruntungnya=

Tengah hari itu.... bahang panas yang amat (12.40 tengahari) di sebuah lampu isyarat menuju ke arah kelana jaya, tiba-tiba datang sebuah motor berhenti disebelah motor aku...
Hanya sekilas pandang pada mulanya... tetapi aku rasa tertarik untuk memandang sekali lagi..
Agak terkejut... tapi aku masih lagi cover, tak tunjuk sangat pada si pemandu.. empat kelibat di atas sebuah motor termasuk pemandu.

Di depan sekali (dalam bakul motor), rasanya anak yang bongsu, diikuti si ayah(agaknya) sebab paling tua, dibelakangnya ada anaknya, lpas tu lagi sorang anaknya (mungkin paling tua) diikuti si isteri di belakang sekali... kehidupan mereka begitu sukar sekali..
aku cuba bayangkan, beginikah hari-hari mereka...

timbul keinsafan dalam diri untuk lebih bersyukur, lebih menghargai apa yang aku ada,

andai anda fikir anda susah, fikirlah orang lain yang lebih susah
andai anda fikir anda hanya mempunyai rumah biasa, fikirlah orang gelandangan yang tidak mempunyai tempat untuk berteduh..
andai anda hanya mempunyai sebuah kereta blm, fikirlah pada orang lain yang hanya mempunyai kereta kancil..
anda anda hanya mempunyai kereta kancil, fikirlah pada orang lain yang hanya mempunyai motor kapcai..
andai anda hanya mempunyai motor kapcai, fikirlah pada orang lain yang hanya mampu berjalan kaki dan tak mempunyai apa-apa...

sama-sama bersyukur...
ada lebih, kita sedekah
ada kurang, cuba untuk tidak meminta, sebaliknya berusaha...


p/s: alangkah beruntungnya kita.... mampu membaca apa yang ada (mampu untuk online!)

No comments: