=monolog aku untuk KAU=

Kau apa khabar???

Terlajak kereta boleh reverse, tapi kalau terlajak kata sendiri mau ingat la!!

Ingatlah, jangan rasakan diri itu bagus. Tiada manusia pun yang sempurna. Waima berjawatan tinggi sekalipun..

Ada yang berlagak pandai, buat-buat tahu.. sedangkan dia sebenarnya "0"... ooooooooooo katanya

Tidak semestinya bila kau mengaum seperti harimau kau sebenarnya kuat, kambing yang mengembek mungkin lebih perkasa dari kau.

Lebih baik diam kalau tak mahu dimamah oleh sikap bodoh kata-kata kau.

Kata-kata itu doa. Jangan pula setiap apa yang kau kata kelak memakan diri sendiri.

Hari ini mungkin kau sihat. Esok lusa tulat tuli belum tentu kau sejahtera.

Tak semua orang kampung kurang ilmu dan tak semua orang bandar itu berilmu. 

Jangan pandai mengadu sedangkan diri sendiri pun begitu.. malah mungkin lebih teruk.

Jangan mempersoalkan keihlasan orang lain. Tanya hati kau samada kau ikhlas atau tak mengerjakan sesuatu.

Kau belum tentu pandai kalau asyik memandai-mandai. 

Bukan kau sorang yang hidup di muka bumi. Sila latih diri kau untuk bersabar.

Kalau kau rasa kau hebat, layanlah diri buat sendiri.


p/s : monolog ala harimau untuk kau yang tak reti bahasa. tiada manusia yang lebih cemas melainkan melibatkan hidup atau mati!!!



Comments

Popular posts from this blog

=kesah GAJUS=

=GEGAR 1 RIBU BLOG APRIL BERMULA=

=The Road Not Taken [versi bahasa melayu]=