=Jangan lalu depan rumah aku.. faham!!!=

Salam sejahtera buat anda...

Manusia.. perangai macam-macam.. tak tahu apa yang difikirkan...

Bagi anda, semasa memandu, apabila terdengar bunyi siren ambulan, apa reaksi anda??? tentu anda fikir seseorang sedang berada dalam kecemasan.. mungkin antara hidup atau mati... itu bab di jalan raya bila mana semasa memandu.. walaupun ada juga segelintir yang tiada "sense" bila dengar siren ambulan..

Tapi aku pelik.. rasa nak marah pun ada bila dengar sesuatu yang diceritakan oleh rakan sekerja aku (pemandu ambulan). ade seorang makhluk ciptaan Allah berjumpa beliau sewaktu bekerja , dan menegur rakan aku tersebut supaya tidak melalui jalan di depan rumahnya semasa membawa ambulan.. katenye bingit telinga bila dengar bunyi ambulan. Makhluk tu menyarankan agar kami melalui jalan lain sekiranya ingin menuju ke sesuatu tempat bila berlakunya kecemasan... Tambah-tambah jalan raya di hadapan rumahnya selalu sesak. Sangat mengganggu "beliau" yang ingin beristirehat dengan jayanya.. maklumlah, bunyi siren bukannya perlahan.. amat kuat kut... 

Aku dengar jer, lagi la bingit.. tak tahu apa yang ada dalam kepala makhluk tu.. boleh plak fikir macam tuh... Nama pun kecemasan... ingat nak main-main ke bunyi siren bagai.. Mungkin belum kena kat batang hidung sendiri...

harap jika sesuatu berlaku kepada anda atau keluarga si makhluk, harap anda tidak sesekali hubungi 999 untuk perkhidmatan ambulan.. usahalah dengan cara lain... kerana kami takut, siren memberi kesan pendek umur kepada anda!!!!!!!



Comments

Anonymous said…
kalo bini dia nak brsalin or dia nak mampoh keras jgn bagi ambulans g amik...nanti mati xtenteram..

Popular posts from this blog

=kesah GAJUS=

=GEGAR 1 RIBU BLOG APRIL BERMULA=

=The Road Not Taken [versi bahasa melayu]=