=makna sepuluh ringgit=

Salam sejahtera buat anda...

Anda tentu pernah tengok sepuluh ringgit... dan bagi anda tentu tiada apa-apa makna.. bagi aku begitu besar maknanya... memori aku terus ke arah itu bila aku lihat sepuluh ringgit ini... 


hari-hari berdepan dengan kesibukan tempat kerja memang suatu cabaran yang aku tempuhi.. berhadapan dengan pelbagai telatah, ragam dan adat manusia terutama bergelar seorang pesakit... memang memupuk aku bersifat sabar dan sentiasa "empathy"

suatu hari, aku bertugas seperti biasa... pada hari tersebut, aku ditugaskan menjaga seorang pesakit berumur dalam lingkungan 80 an... mengidap masalah kegagalan buah pinggang tahap akhir.. waktu itu dia hanya bernafas menggunakan terapi oksigen dan keadaan agak stabil.. aku sempat berbual-bual dengannya.. walaupun dimamah usia tetapi ingatannya tetap utuh...

sedikit terkilan bermain di fikiran aku apabila beliau menyatakan beliau hanya tinggal bersama orang gajinya sedangkan anak-anaknya (3 orang kalau aku tidak silap) tinggal berasingan dan tempat tinggal mereka bukanlah jauh... anak-anaknya seperti tidak mempedulikannya.. masing-masing sibuk dengan tugasan kerja... sewaktu aku menjaganya pun tidak nampak seorang anak nya pun datang melawatnya di kala beliau sakit... yang ada hanyalah orang gaji... peneman setia menemani beliau..

suatu ketika, beliau memanggil aku, meminta sedikit makanan kerana sangat lapar... aku berasa serba salah... kerana tempat aku bekerja tidak disediakan makanan untuk pesakit yang baru datang dan bukan untuk kemasukan ke wad.. beliau seakan merayu... melihatkan keadaannya, mujurlah ada pesakit lain yang tidak mahu makanan yang disediakan kerana telah kenyang.. aku pun memberikan makanan tersebut kepada beliau...

beliau tidak putus-putus mengucapkan terima kasih.. sambil membuka poket baju uniform aku dan memasukkan sesuatu... bila aku lihat.. itulah nilai sepuluh ringgit.. aku bertegas, aku lakukan itu bukan kerana wang ringgit bahkan memang tidak layak menerima.. itu salah satu tugas dan tanggungjawab aku..  tetapi dia bertegas minta aku menerimanya juga.. aku tetap menolak.. dia tetap bertegas sambil berkata "banyak terima kasih... kamu memang baik hati".. untuk tidak mengecewakan beliau, aku menerimanya....


itu hanyalah sedikit cebisan kisah yang aku lalui... sebelum terlupa, aku tujukan ucapan SELAMAT TAHUN BARU CINA ini khas buat popo tersebut yang aku gelarkan "beliau" dalam kisah di atas... terima kasih di atas ang pow sepuluh ringgit yang popo berikan pada aku. begitu besar maknanya.. moga popo cepat sembuh yerr...



[popo seorang wanita berusia berbangsa cina]



Comments

Cik Pulau said…
sedeynyo dgr..
mg2 kito xwat gtu la ke mok ayoh dumoh..huhuhu..

selamat tahun baru jgop ke popo.. hehhe
IMANSHAH said…
erm, sedih

tapi sepuluh hinggit sekarang adei nilainya..tadi sarapan 7 hinggit, beli paper...hampir 10 hinggit

Popular posts from this blog

=kesah GAJUS=

=GEGAR 1 RIBU BLOG APRIL BERMULA=

=The Road Not Taken [versi bahasa melayu]=