=CNE untuk CPD=

Salam sejahtera buat anda...

hari ini merupakan cuti mingguan aku... masa untuk aku hentikan seketika kesibukan bekerja.. dapat mengurangkan tekanan kerja yang kian bertambah saban hari... walaupun satu hari tetapi amat bermakna untuk aku.... sekurang-kurangnya, fizikal dan mental aku mampu berehat seketika... hehehe

bila bercuti, inilah yang jadi.. kebosanan melanda diri... itulah gara-gara bercuti di kala orang lain seronok mencari rezeki... keseorangan di rumah....

sebab itu mahu tak mahu aku terpaksa singgah juga ke tempat kerja.. bukan untuk berkerja tetapi menimba ilmu... menghadiri program CNE (continuing nursing education) selama dua jam... (rajin tak aku??) hehehe...

program ini bukanlah satu program yang wajib aku harini tetapi suatu program yang perlu jika aku ingin terus berkerja sebagai seorang jururawat.. setiap tahun, aku perlu memperbaharui lesen pengamalan jururawat.. lesen ini adalah satu perkara wajib sebagai seorang jururawat terlatih..  salah satu syarat untuk memperbaharui lesen tersebut adalah aku perlu mengumpul sebanyak 25 mata yang dipanggil mata CPD (continuing professional development) ..  jadi itu adalah salah satu  inisiatif  untuk aku cukupkan mata CPD... CNE yang aku hadiri tadi membolehkan aku mendapat 2 mata CPD... selain CNE, ada juga kursus-kursus lain yang boleh aku hadiri untuk memenuhi mata CPD aku.. 

elok juga aku penuhi mata CPD awal-awal nanti bila sampai hujung tahun, tak la aku terkial-kial nak pergi kursus itu ini atau CNE.. serabut oooo..

itulah bukan senang untuk berkerja... inilah salah satu cabaran... errrr cabaran ke?? bunyi macam besar jer...hihihi... 

apapun, menuntut ilmu itu tak rugi mana pun malah menguntungkan.. kita juga yang pandai nanti... :)



*balik CNE layan ni syok wooooo








Comments

hawiz said…
CNE?..wahh..dasat!
Anonymous said…
Klau x cukup point x dapat renew ker? Dah ade kes point x cukup jururawat kena buang keja sb lesen dah x dapat perbaharui.

Popular posts from this blog

=kesah GAJUS=

=GEGAR 1 RIBU BLOG APRIL BERMULA=

=The Road Not Taken [versi bahasa melayu]=