=Ku Serah Cinta=

Assalamualaikum... Salam sejahtera... Selamat Hari Malaysia...

Sebelum korang baca dengan lebih lanjut, set in mind, entri ni bukan berunsur jiwang semata-mata... untuk ingatan diri aku jugak.. manusia kalau tidak diingatkan pasti akan lupa...

malam jumaat, tunaikan tanggungjawab masing-masing.... setiap apa yang kita mahu lakukan, mulakanlah dengan niat yang baik. kelak yang baik juga kita dapat... 

sebut saja malam jumaat, apa yang akan terbayang di wajah kita, dalam fikiran kita dan dalam hati kita???
mahu tunaikan tanggungjawab batiniah (bagi yang kawin)  semata-mata?????  

tak kira dah kawin atau belum, tanya pada diri, mana arah tuju kita sebelum ini, selepas ini dan akan datang... mana tempat yang telah kita tempuh, dan akan kita tempuh.. adakah semuanya baik...

kita selalu kata, I love u, aku cinta padamu... semua ditujukan pada manusia... kadang-kadang kita lupa, kita ada Pencipta yang paling berhak untuk kita cintai.. bukan manusia semata-mata... 

sama-sama kita hayati rangkap-rangkap lirik lagu nih.. penuh bermakna...

KU SERAH CINTA- INTEAM
Ku serah segala ketentuan
Biarlah masa yang berbicara
Dipangku wajah yang layu
Dan aku telah jemu

Aku tidak mahu berpaling
Pada yang mengganggu dan menggugat
Sapanya meletihkan diri
Hadirnya mengundang penat

Akan ku serah cinta ini
Bukan lagi pada manusia
Kerana cinta martabat itu
Bersalut segunung kepalsuan
Dan kepuraan

Aku semakin tidak peduli
Apa yang mungkin akan terjadi
Kerana gerak dan tindakanku
Mahu bebas dari masalah

Ku serahkan cinta ini
Hanya padaMu, oh Tuhan

Akan ku serah cinta ini
Bukan lagi pada manusia
Kerana cinta martabat itu
Bersalut segunung kepalsuan
Dan kepuraan

Aku adalah aku sekarang
Biar terbuang tetap berjuang
Akan ku serahkan jiwa ini
Sepenuh hati dengan keikhlasan
Aku adalah aku yang sekarang
Ku serahkan cinta ini 



gajus berkata: mana kita pergi, dengan siapa kita berkawan, apa yang kita lakukan, ingatkan diri kita siapa kita, mana asal usul kita....



Comments

Sunah Sakura said…
alhamdulillah...nice entry hisham..suka quote last sekali dari gajus..
Nur Zulaikha said…
suke lagu in-team ni even da lame..peminat setia taw..ehehehe..blogwalking sini..jemputlah dtg ke teratak usang empunya diri...

Popular posts from this blog

=kesah GAJUS=

=GEGAR 1 RIBU BLOG APRIL BERMULA=

=The Road Not Taken [versi bahasa melayu]=