=bertuahnya bila berkepala BOTAK=

Assalamualaikum.. salam sejahtera...

apa pendapat anda bile anda(yang lelaki) berkepala botak atau kwn-kwn atau org yg tersayang anda berkepala botak??? anda kata macho???? atau anda x berapa suka dengan orang yang berkepala botak??? hrmm tuh selera masing2.. 

sebenarnya bertuah bagi sesiapa yang berkepala botak.. kat bawah nih aku nak kongsi dengan anda semua kelebihan-kelebihan orang yang berkepala botak....

  • Orang botak sering dikaitkan dengan kebijaksanaan. Tambah pula jika dia berkaca mata. Orang yang botak di bahagian depan kepala kita kata dia "ingat". Orang yang botak bahagian atas atau tengah kepala kita kata dia "pandai". Bagi orang yang botak pada kedua-dua bahagian kita kata dia "ingat dia pandai".

  • Botak jimat perbelanjaan. Tak perlu gunting rambut bagi hensem, cukup dengan cukur atau botakkan terus, jadi lambat tumbuh untuk dicukur semula kemudiannya. lagi jimat kalau beli mesin potong rambut sendiri dari China yang murah.

  • Wang juga dapat dijimatkan daripada membeli minyak atau gel rambut. Tak payah pergi ke saloon atau beli syampu untuk basuh rambut. Benda-benda tersebut bukannya murah.
  • Masa juga dapat dijimatkan untuk bersikat atau melaram didepan cermin. Rupa kepala selepas bangun tidur tak tergugat. Orang yang banyak rambut akan kelihatan tak siap selepas baru bangun tidur.

  • Lepas mandi cukup dengan sekali sapu kain tuala pada kepala terus kering. Tak payah gosok lama-lama atau gunakan pengering rambut. Sekali lagi jimat masa dan juga jimat duit.
  • Mandi mudah bagi kepala botak. Air yang dijirus terus mengalir ke bawah ke seluruh anggota badan lain. Jimat masa dan juga jimat air.

  • Ada juga pendapat yang berkata botak itu sunnah. jadi orang botak sentiasa dapat pahala sunnah asalkan pasang niat.

  • Kepala botak punyai kelebihan pada waktu panas. Kepala yang banyak rambut pada musim panas sering berpeluh dan gatal-gatal.

  • Solat bagi orang botak amat mudah walaupun terlupa bawa kepiah. Rambut tak akan menutup dahi ketika bersujud. Dalam Mazhab Shafie'e, dahi adalah salah satu anggota sujud.

  • Berwuduk mudah bagi orang botak ketika perlu menyapu tangan yang basah pada bahagian kepala. Elok sapu keseluruhan kepala dengan tangan yang basah, ianya lebih afdal

  • Bagi yang sudah berkahwin, isteri tak akan menaruh syak wasangka yang bukan-bukan. Samada melaram atau tidak sama saja. kepala tetap botak. Isteri tak risau.


dan yang paling penting, 

Kepala botak digabungkan dengan sejemput janggut menampilkan perwatakan warak, ini menjadi pendinding kalau ada niat nak buat jahat.. 

macam ni kan???? heheheheeh...
~ nilah imej terbaru aku...hahaha~

actually ada cerita disebaliknya... yang penting aku selesa berkepala botak.... biarlah apa orang nak kata pun.hihihihi..


Dipetik dari sumber yang dipercayai.. :)

Comments

[k]o{q}i[n] said…
arghhh....esk dtg pakai rmbut palsu.. xsuke tgk org botak.. waaaaa.....
hahahaha.. ada sesetengah orang hensem berkepala botak.. kih3.. suka tengok sorang driver bus raid Kl yang botak tu.. kiong3
Unknown said…
gua pon nak botak bro, tapi sunnah ke botak ni

Popular posts from this blog

=kesah GAJUS=

=GEGAR 1 RIBU BLOG APRIL BERMULA=

=The Road Not Taken [versi bahasa melayu]=