=nak berjimat?? belajar daripada semut=

Assalamualaikum.. selamat petang... selamat bercuti pade yang cuti la.... petang-petang nih just nak share sikit okehh!!!

bile da nk smpai spruh bulan, baru pikir, lambatnyelah gaji nih... adeh!!!! bile dpt gaji x hengat dunia... joli sane, enjoy cni... ish2... smpai je ujung bulan makan megi jela gamaknyer...adoiii...heheh..

ni hah ade satu kisah.. cer bace cer bace...



KISAH NABI SULAIMAN DAN SEMUT!!

Nabi Sulaiman bertanya kepada seekor semut tentang berapa banyak makanan yang diperlukan untuk hidup dalam setahun. Semut menjawab, ia hanya perlukan makanan sebanyak sebutir buah gandum. Lalu Nabi Sulaiman memasukkan semut tersebut di dalam satu botol dengan diletakkannya gula sebesar sebutir gandum. Mulut botol itu kemudiannya ditutup.

Cukup setahun, mulut botol itu pun dibuka semula oleh Nabi Sulaiman. Anehnya, baginda dapati hanya separuh sahaja daripada gula sebesar butir gandum itu yang habis dimakan oleh semut tersebut. Nabi Sulaiman bertanya mengapa hanya separuh sahaja makanan yang dihabiskan sedangkan semut pernah berkata ia perlukan makanan sebesar butir gandum??

Sang semut menjelaskan bahawa jika di luar botol rezekinya dijamin sepenuhnya oleh Allah dan dia yakin Allah pasti akan mencukupkan rezekinya. Sebab itu dia tidak perlu risau dengan hakikat itu. Tetapi apabila dikurung oleh manusia (Nabi Sulaiman) dia mengambil langkah berjaga-jaga dan berjimat cermat kerana tidak yakin dengan sifat prihatin manusia. Mana tahu kalau-kalau manusia itu terlupa lalu mengurungkannya lebih dari tempoh setahun



Dipetik dari buku NOTA HATI SEORANG LELAKI karya Ustaz Pahrol Mohd.Juoi... 



Comments

اوڠ بڠسل said…
kawe budak baru belaja

http://apadblog.blogspot.com/
اوڠ بڠسل said…
This comment has been removed by the author.
Si GaJus!!! said…
xpe.. kawe pun br blaja jugok...haha
Unknown said…
selamat beramal.... =)
~iera kan~ said…
semut pun boleh berfikir..inikan pula manusia
Si GaJus!!! said…
iera kan~ tau x pe... semut pun makhluk jugak kan.. kan3..

Popular posts from this blog

=kesah GAJUS=

=GEGAR 1 RIBU BLOG APRIL BERMULA=

=The Road Not Taken [versi bahasa melayu]=