=dedikasi untukmu=
PULANGLAH
jauh di sudut hati
tiba-tiba hati merintih
mengenangkan segalanya..
ah.. mengapa terjadi dalam hidup aku
mungkin ada hikmah disebaliknya
tapi wajarkah aku
insan kerdil yang tidak sempurna
mengubah segala-galanya??
fikiran mula bercelaru
aduhhh!! sakit tidak kepalang
apa salah aku??
apa salah insan sekelilingmu??
yang amat menyayangimu
mengharapkan engkau kembali
waktu dan tika ini
airmata gugur lagi
bukan untuk meraih simpati
bukan untuk menagih janji
cuma kesal
tapi segalanya sudah terlambat
namun aku masih mengharap
insan sekelilingmu jua
amat mengharapkan
kau akan berubah
seperti mana dahulu
engkau yang aku kenali dulu
lembut tutur katanya
manis dengan senyumannya
tepati janjinya
baik budi pekertinya
tika dan saat ini
hanya setangkai doa
moga engkau kembali
dengan rasa kasih
kerana hubungan abadi
tiada apa yang mampu berdalih lagi.
Comments