Thursday, February 24, 2011

=Sharing is Caring:kalau benci bilang benci=

orang kata, kasih ibu membawa ke syurga, syurga tuh di bawah telapak kaki ibu.. hrmmm 

alkisahnya... tepat jam 4.00 pagi (lebih kurangla) sewaktu berada di hospital untuk menyelesaikan urusan peribadi, terdengar suara yang agak bising di perkarangan kecemasan, aku dan rakan-rakan tertanya-tanya... apelah yang bising sangat nih... dah pukul 4 pagi kut... for sure la aku nak tengok pe yang berlaku.. nak tahu la jugak.

rupa-rupanya seorang ibu bersuara lantang meninggikan suara keatas seorang anggota polis . menurut sumber yang boleh dipercayai, polis tersebut sedang dalam bertugas mengiringi seorang anak kecil.. aku yang memang tidak tahu apa-apa seraya bertanya kepada public yang ada di situ, apa kaitan anak kecil tersebut... ibu tersebut juga sedang menangis teresak2..

rupa-rupanya, anak kecil tersebut telah di dera dan dengan diiringi polis ke hospital untuk mendapatkan rawatan. baru aku tahu.. hati jahat aku seraya berbisik.."padan muka, ada anak wat macam tuh lagi" .. tapi, aku nih sape.. x layak untuk menilai.. si ibu seakan tidak mahu melepaskan anaknya yang telah di bawa oleh pihak polis.. memang jelas di sebalik riak wajah anak tersebut yang begitu takut akan ibunya.. mungkin telah trauma dengan apa yang terjadi ke atasnya.. 

dengan tangisan yang teresak-esak, si ibu hanya mampu memandang, hanya mampu mengalirkan airmata, tatkala si anak di bawa menaiki kereta polis.. mungkin timbul kekesalan dalam diri si ibu tersebut.. apa boleh buat nasi kalau dah jadi bubur susah untuk jadi nasi kembali.. 

aku yang pada waktu itu, terus berfikir sejenak, walau bagaimana jahat sekalipun ibu bapa, perasaan sayang masih lagi ada.. dah nama pun darah daging.. penat lelah mengendong kandungan selama 9 bulan lebih, hanya Tuhan yang tahu.. sabarlah si ibu, mungkin apa yang berlaku ada hikmahnya, peluang ada di depan mata untuk berubah.. sayangilah anak anda....

walau ape darjat sekali pun, ingat!! untuk diri aku jua, hormati yang tua, sayangi yang muda.. tak perlu benci membenci... 

apepun yang penting si gajus tetap sayang ibu dan bapa.. tanpa mereka sapelah aku... dan tanpa mereka tiadalah aku...


3 comments:

hafiz hafizol said...

humm... betol itu.. syurga itu di telapak kaki ibu enci hisham... insaf lar.. *tiba ja.. hehe...

SaYraH WonDerLanD said...

Kes dera sekarang ni makin menjadi-jadi ye. Aish.

Si GaJus!!! said...

hahaha.. ko pun enci hafiz... ingat....
sayrah~ tau xpe... da ade anak, xnk hargai... hrmmm