Friday, January 14, 2011

=NoTa HaTi SeoRaNG LeLaKi=

Izinkan lelaki itu pergi
Walau kakinya bagai terpasung luka
Walau hatinya tercalar bisa
Izinkan dia melangkah jua



Tangismu tidak dia lupakan
Bukan dia tega
Bukan dia rela
Tetapi dia terpaksa
Izinkan dia pergi jua

Di hatinya ada wahyu yang merayu
Di situ tidak pernah ada tunggu
Walau terjerat walau terikat
Dia mesti pergi jua

Ah, genderang itu telah berbunyi
Dia terpaksa pergi
Jangan kau tunggu lagi
Mari pergi bersamanya
Walau terpaksa lelaki itu kan pergi jua

[Ust Pahrol Mohd. Juoi]

No comments: