Posts

=Si GaJus!!! Kembali=

Image
Assalamualaikum... Salam sejahtera buat semua.. Alhamdulillah, masih diberi peluang untuk bersama lagi.. Walaupun sudah berkurun lama.. Disebabkan kekangan dan halangan yang kadangkala sukar untuk dielakkan.. Benar,  Manusia hanya merancang... Sebaik-baik kejadian hanya dari Tuhan Pencipta alam.. Apa yang kita rancangkan belum tentu menjadi realiti... Apa yang kita harapkan belum tentu kita dapat... Apa yang kita idamkan kadangkala hanya fantasi... Malah, ujian dan cobaan sebagai ganti.. Namun,  Sebagai manusia kita harus berfikir... Tentu ada hikmah disebalik realiti, fantasi dan ilusi... Kerana Kita ada, Tuhan sebagai Pencipta. -kredit: google-

=alangkah beruntungnya=

Tengah hari itu.... bahang panas yang amat (12.40 tengahari) di sebuah lampu isyarat menuju ke arah kelana jaya, tiba-tiba datang sebuah motor berhenti disebelah motor aku... Hanya sekilas pandang pada mulanya... tetapi aku rasa tertarik untuk memandang sekali lagi.. Agak terkejut... tapi aku masih lagi cover, tak tunjuk sangat pada si pemandu.. empat kelibat di atas sebuah motor termasuk pemandu. Di depan sekali (dalam bakul motor), rasanya anak yang bongsu, diikuti si ayah(agaknya) sebab paling tua, dibelakangnya ada anaknya, lpas tu lagi sorang anaknya (mungkin paling tua) diikuti si isteri di belakang sekali... kehidupan mereka begitu sukar sekali.. aku cuba bayangkan, beginikah hari-hari mereka... timbul keinsafan dalam diri untuk lebih bersyukur, lebih menghargai apa yang aku ada, andai anda fikir anda susah, fikirlah orang lain yang lebih susah andai anda fikir anda hanya mempunyai rumah biasa, fikirlah orang gelandangan yang tidak mempunyai tempat untuk berteduh.. a...

=PENAMPAR=

Perihal penampar, ini fakta atau atau: petikan dari facebook "PENAMPAR adalah salah satu penawar yang mujarab dan berkesan untuk semua jenis penyakit terutamanya penyakit yang suka MENYIBUK hal orang" Mungkin  agak sesuai juga untuk sesetengah orang yang memang tak faham bahasa yang suka nak jaga tepi kain orang lain. kalau perkara yang baik-baik tak apalah juga. tapi kalau dah dari A to Z semua nak menyibuk, sorry to say, memang sesuai.. ibarat kain sendiri koyak tak nampak, kain orang yang jarang dilebih-lebihkan. Tapi biarlah berpada, kita ni ada adab siapa lah kita untuk menampar orang tak ada hak pun. Apa yang boleh kita buat, bersabarlah beristighfarlah mohon Tuhan lembutkan hati orang yang suka menyibuk itu... Mungkin selama ni dia tak sedar, Mungkin selama ni juga tak ada sesiapa pun yang tegur Jadi si polan yang suka menyibuk ni pun tak sedar sebab tak ade sesiapa ingatkan dia Jadi, ada baiknya ingat mengingati semasa insan Moga beroleh kebahagia...

=GENTING=

Hujan turun dengan lebat seakan menemani. Alhamdulillah.... nikmat alam.. sekarang masa yang amat genting untuk aku ibarat retak menanti belah dan telur dihujung tanduk andai tak dilakukan, failed lah semuanya..  gitu sekali penangannya sebenarnya, saat yang genting apabila terpaksa menyiapkan assignment-assignment yang ada memang genting itulah nak tentu lulus atau gagal lulus bererti dah berjaya kalau gagal, faham-faham sendirilah itulah padah kalau dah di akhir-akhir waktu baru nak fokus. salah diri sendiri juga. patutnya, dari awal lagi kena set in mind, merancang dari awal, bukan last minute punya kerja kan merana kepeningan! p/s: selamat berassignment kawan-kawan

=Perihal B.O.C.O.R=

Image
Sekadar pendapat sendiri, yang baik dijadikan teladan, yang buruk dijadikan sempadan, yang tak betul jangan cuba untuk percaya... ******************************************************************** Tak abis abis kisah pasal bocor, arini timbul lagi... Calon UPSR perlu ulang semula kertas Matematik dan Bahasa Tamil... Alamak ada yang tak kena... Apa sudah jadi???? Sejujurnya, my fisrt impression when i heard about this is "awat yang teruk sgt smpai lagutu??? UPSR je kut, sungguh memalukan dan menyiksakan budak-budak ni.. kena repeat balik"  Mujurlah tak ada seorang ahli keluarga aku atau anak buah  seorang calon UPSR.. Memang dengar bunyi " repeat "  atau kata Melayunya "ulang" tu satu kata yang mudah... Satu perkataan yang tak perlu didengungkan mengikut harakat yang pangjang. Tapi besar impaknya tak kiralah pada sesiapa pun, waima pada diri aku sendiri yang memang tak ada kaitan langsung dengan UPSR.. Kalau tak ada impak, masakan aku n...

=empat tambah empat=

Image
Alhamdulillah...  makin hari makin banyak perubahan...  dia dah mampu bertatih...  tutur katanya buat aku senyum sendiri...  walaupun hanya dirinya saja yang faham.. Inilah namanya nikmat..  melihat dia membesar di depan mata..  syukur... Arini aku nampak dua lagi bakal tumbuh..  satu atas dan satu bawah.... "say cheese"

= 5 bulan yang kesepian=

Alhamdulillah, setelah 5 bulan, kini hidup kembali. Walaupun masih mencari-cari apa yang tak kena Tapi syukur, masih diberi kesempatan untuk bersama Ya, 5 bulan memang lama Tanpa khabar berita Itu memang diakui Biar apapun... Natijahnya, aku masih di sini Kendatipun tiada nukilan Walaupun jarang kedengaran Masih blogwalking seperti biasa Oh sigajus Jangan menangis lagi Aku tetap ada Bersama sentiasa Dari hari pertama kau lahir Hingga titisan kata ini... [yang ikhlas itu ada]

=sempadan golok vs jawa=

Image
Hidup ini indah. Ada kalanya sukar untuk menjangkakan sesuatu. Kata pepatah, manusia hanya merancang, tetapi Tuhan yang menentukan. Sebaik mana pun perancangan, tapi kalau Tuhan tidak mengizinkan, sesuatu benda tak akan jadi. Tapi sebagai hambaNya, kita kena sentiasa berdoa moga dipermudahkan segala urusan yang hendak kita lakukan. Andai yang baik datang kepada kita, syukurlah. Andai yang buruk mendekati kita, terimalah. Belajar jadikan sempadan. Cungkillah disebalik kejadian. Tentunya ada hikmah. Tuhan akan sentiasa bersama orang yang sabar. ***************************************************************** Perancangan Tuhan itu terbaik. Siapa sangka sang sempadan golok boleh bertemu jawa. Itulah takdirnya, Syukur padaMu Ya Allah.

=biasa-biasa seperti biasa=

Ok. dah berkulat blog yang biasa-biasa ini. Andai dapat dihitung, ditimbang mungkin dah berkati-kati sawang yang ada. Tak ada siapa pun yang kesah. Maklumla biasa-biasa saja. Tiada kelebihan pun. Hanya biasa-biasa. Andai tak percaya, cuba tengok, cuba lihat. hanya biasa-biasa. Pengisian kali ini pun biasa-biasa juga. Tiada yang menarik dari biasa-biasa. Nak jadikan pengajaran apatah lagi. tak perlu rasanya.  Namun dalam biasa-biasa, semangat itu masih ada, walaupun semangat biasa-biasa. Tangan yang biasa ini juga dah mampu untuk menulis hingga tinta ini yang biasa-biasa. Bagi yang tidak biasa, harap maaf dari tuan yang biasa-biasa ini. Sekian, dari tuan yang biasa-biasa. [yang bisa-biasa kadang-kadang lebih bernilai berbanding yang "over"biasa]

=ANUGERAH=

Image
Andainya ku bisa putarkan saat waktu Ku perbetulkan segala kesilapan lalu Andainya ku pernah melukakan hatimu Izinkan aku mengubati jiwa ragamu Segala-gala suka dan duka Tak pernah dapat ku lupa Daku manusia biasa Dibawa dosa pahala Hidup didunia cuma sementara Janganlah leka jangan terpedaya Antara kaca dan juga permata Ku bersujud padamu Berdoa pada yang satu Padamu aku mengadu Allah yang satu Mohon petunjuk darimu Berderai air mataku Ku ingin dekat denganmu Ya Allah Ya Allah Ampunilah dosa dosaku yang lalu Ya Allah Ya Allah Maha Pengasih,Penyayang, Maha Mengerti Andainya ku bisa hidup seribu tahun lama lagi Ku kota kata kata yang telah ku janji Andainya ditakdirkan esok aku pergi Susun sepuluh jari memohon diampuni Janganlah bersedih berduka Berjumpa disana semula Kembali kepada pencipta Diruang yang luas terbuka Pintu syurga dan neraka Bertapa kau bersedih berduka dijiwa gelora didalam dilema menanggung derita Ku bersujud padamu Berdoa pada yang satu Padamu aku men...

=Aku bukan askar!=

Dunia... penuh penipuan.. kadang-kadang begitu senang manusia itu diperdayakan.. Hanya yang benar-benar bijak mampu menilai kesahihannya. Bukan semua perkara yang kita nampak itu betul. cuba jangan percaya. selidik betul-betul. jangan nanti terkena pada diri sendiri. Diluar memang nampak cantik, tapi di dalam belum tentu! Diluar mungkin nampak buruk, tapi di dalam mungkin lebih baik dari apa yang kita sangkakan.. Kadang-kadang berprasangka itu baik, tapi biarlah yang baik-baik. gajus berkata : hanya ingin memberitahu, aku bukan askar. sila jangan percaya pada pandangan pertama di mukabuku! :P

=nukilan buat guru=

Kehadapan cikgu-cikgu yang pernah dikenali dan sedang mengenali, moga kalian berada dalam keadaan sihat dan sejahtera. Cikgu-cikguku, 1995 bermula lembaran sebagai seorang pelajar. Menimba ilmu dari ABCDEFGHIJKLMNOPQRSTUVWXYZ hinggalah 1234567890 dan seterusnya. Dari lukisan rumah papan berlatar belakangkan bukit bukau dan sawah padi hinggalah lukisan cantik yang sentiasa dipuji. Waima prinsip-prinsip sains dan hukum-hukum agama banyak membimbingku menjadi insan berguna. Itu antaranya. Begitu banyak untuk dinyatakan. Yang tak mampu diluahkan. Terima kasih cikguku. Guru-guruku, Pendidik anak bangsa, memanduku ke arah kecemerlangan. Jika dulu aku tidak mengenali diri sendiri, kau tunjukkan. Jika dulu aku pernah berputus asa, kau bangkitkan. Jika dulu karenahku menggugat kesabaranmu, kau hanya senyum. Kegigihanmu jelas terpancar, mendidikku tanpa jemu. Motivasimu membakar semangatku. Terima kasih guruku. Pendidik-pendidikku, Ingat lagi di kala nyanyian lagu Kami Guru Malaysia, i...

=12 MEI=

First of all, thank you! thank you! thank you!....  Pada semua yg masih sudi membaca... aku akui akan kemalasan aku untuk mencoret sesuatu yang baru dalam si gajus nih... memang aku sedar! Tahap kesedaran aku masih penuh, waras dan berorientasi pada sesuatu... Namun apakan daya.......  ok.. 12 Mei tu semalam... apa kaitannya dengan aku????... Pada yang tahu aku ucapkan tahniah... anda seorang yang prihatin... terima kasih daun keladi... terharu... salute! Bangun pagi ni aku tersenyum sendiri... sehinggalah saat ini... hihihi gajus berkata : Selamat HAri Ibu dan Selamat Hari Guru!!

=memori TADIKA=

Image
"Antara memori yang paling manis suatu ketika dulu.  Andai masa boleh diputarkan sudah pasti akan ku terjah  ke saat itu" KALAU DIBERI PELUANG, AKU NAK JEJAK KAKI KE SEKOLAH TADIKA BALIK then BELAJAR ABC!!! :)

=monolog aku untuk KAU=

Kau apa khabar??? Terlajak kereta boleh reverse, tapi kalau terlajak kata sendiri mau ingat la!! Ingatlah, jangan rasakan diri itu bagus. Tiada manusia pun yang sempurna. Waima berjawatan tinggi sekalipun.. Ada yang berlagak pandai, buat-buat tahu.. sedangkan dia sebenarnya "0"... ooooooooooo katanya Tidak semestinya bila kau mengaum seperti harimau kau sebenarnya kuat, kambing yang mengembek mungkin lebih perkasa dari kau. Lebih baik diam kalau tak mahu dimamah oleh sikap bodoh kata-kata kau. Kata-kata itu doa. Jangan pula setiap apa yang kau kata kelak memakan diri sendiri. Hari ini mungkin kau sihat. Esok lusa tulat tuli belum tentu kau sejahtera. Tak semua orang kampung kurang ilmu dan tak semua orang bandar itu berilmu.  Jangan pandai mengadu sedangkan diri sendiri pun begitu.. malah mungkin lebih teruk. Jangan mempersoalkan keihlasan orang lain. Tanya hati kau samada kau ikhlas atau tak mengerjakan sesuatu. Kau belum tentu pandai kalau asyik meman...

=Buat duit dengan masuk Islam=

Image
Selepas sembahyang isyak jummat lepas di surau assobah, BBB, kami didatangi sekeluarga berbangsa india (ibu dengan 2 anak lelaki dan 2 anak perempuan) yang menyampaikan hasrat nya ingin memeluk islam.  Menurut mereka, abang mereka telah islam dan sedang menuntut di pondok pasir tumbuh KB dan mereka bercadang nak ke KB selepas majlis pengislaman mereka. Kami diberitahu yg bapa mereka masih tidak bersetuju dengan hasrat mereka memeluk islam. Majlis pengislaman mereka disempurnakan oleh ust Dr Zulkifli.  Pihak surau telah mengadakan kutipan derma kilat dan kami berjaya mengumpulkan derma sebanyak RM4700.00 yg diberikan terus kepada mereka. Ketika ahli surau berkongsi berita mengenai ini kepada rakan2 mereka didapati cerita itu bersamaan dengan apa yg berlaku di surau di salak tinggi.  Setelah diteliti akan cerita tersebut besar kemungkinan besar mereka adalah orang yang sama. Mereka mengambil kesempatan atas kemurahan hati orang2 melayu/islam...

=WORDLESS WEDNESDAY #14 : SWEET THIRTEEN'S

Image
"It's nice to be together-gether"

=2 perkara paling ditakuti lelaki=

Image
Syif malam lagi.. Rasa masa berlalu begitu lambat... Mata sudah bengkak.. Pinta mahu ditutupkan... Adehhh... Tapi apakan daya.. Tanggunggjawab mengatasi segalanya.. Inilah punca rezeki. Waktu rehat, sedang asyik menjamah makanan, aku didatangi orang lama. Umur lingkungan 50an. pengalamannya mengatasi aku. Memanglah!!! Aku amat tertarik tentang apa yang diperkatakannya kepada aku.. Ada 2 benda yang paling ditakuti lelaki di dunia.. 1) Bersunat or berkhatan... 2) Akad nikah... Alhamdulillah, aku dah alami kedua2nya..hihihi.. 

=01.01.2013... dedicated from us!!=

Image
_triage team_ _paediatric emergency team_ _acute medical care team_ _consultation hall team_ _resuscitation hall team_ _trauma ward team_ _1000 style_

=TAMBAH SATU NOMBOR=

"Demi masa.. Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian... Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan kesabaran" Begitu cepat masa berlalu.. Umur melangkah ke satu nombor lagi. Makin kian dewasa. Yang lepas sudah lepas. Hanya kenangan, memori, pengalaman  dan pengajaran mampu dibawa ke hari berikutnya. Bagaimana dengan azam anda??? Tepuk dada, tanya hati.... Moga kebaikan bersama anda.  Rasa mahu aktif balik berblog... Harap maaf kawan-kawan jika ada sebarang kekhilafan sepanjang anda mengenali blog dan pemilik ini.. Harap maaf juga sebab tidak seaktif seperti sebelumnya.. Maklumlah sejak bertukar status..hihi Anyway, welcome 2013!!! nota new year : penat betul bila kerja tanpa henti dari tahun lepas sampai tahun ni...