=Perihal B.O.C.O.R=
Sekadar pendapat sendiri, yang baik dijadikan teladan, yang buruk dijadikan sempadan, yang tak betul jangan cuba untuk percaya...
********************************************************************
Tak abis abis kisah pasal bocor, arini timbul lagi... Calon UPSR perlu ulang semula kertas Matematik dan Bahasa Tamil... Alamak ada yang tak kena... Apa sudah jadi????
Sejujurnya, my fisrt impression when i heard about this is "awat yang teruk sgt smpai lagutu??? UPSR je kut, sungguh memalukan dan menyiksakan budak-budak ni.. kena repeat balik"
Mujurlah tak ada seorang ahli keluarga aku atau anak buah seorang calon UPSR.. Memang dengar bunyi "repeat" atau kata Melayunya "ulang" tu satu kata yang mudah... Satu perkataan yang tak perlu didengungkan mengikut harakat yang pangjang. Tapi besar impaknya tak kiralah pada sesiapa pun, waima pada diri aku sendiri yang memang tak ada kaitan langsung dengan UPSR.. Kalau tak ada impak, masakan aku nak bersuara bagi pendapat ikhlas dari hati aku yang luhur ni..
Apa yang dikejar sangat dengan UPSR??? Itu menentukan masa depan untuk tentukan cita-cita ke??
Orang kata kau berjaya UPSR boleh sambung sekolah menengah kat tempat yang best-best.. Sekolah yang top-top.. Kalau result kau biasa, kau duduk lah kat sekolah biasa setanding dengan result kau yang tak seberapa.. Wow, betapa bergunanya UPSR tu.
Memang tak dinafikan. zaman dah berubah. Pelajar pun dah makin pandai.. Persaingan antara sekolah melonjak-lonjak.. Masing-masing nakkan sekolah mereka menjadi yang terbaik.. Mungkin itu sebabnya.. Tapi perlukah sampai sanggup buat lagutu.. Mana perginya intergriti??? Bersaing secara sihat itu baik, tapi kalau sampai sanggup bocorkan mana yang ditutup rapat dan dikategorikan sebagai rahsia, itu seksa namanya.. Terlajak perahu boleh diundur, terlajar bocor buruk padahnya.. Inilah yang jadi.. Institusi pendidikan Malaysia tercalar dek kerana perkara yang bagi aku cukup bodoh ini..
=thank mr bocor=
Dulu lepas paper last UPSR, gembira tak terhingga.. Rasa dah besar sebab dah berjaya completekan sekolah rendah dan akan melangkah ke sekolah menengah.. Memang lepas tu ada datang sekolah, tu pun suka-suka jer sebab nak abiskan sisa-sisa sekolah rendah.. Walaupun tak ada soalan bocor pun, result Alhamdulillah... Tapi pelajar sekarang?? kena reseat balik UPSR dan ada sesetengah subjek ditunda ke tarikh lain.. Itulah kesiannya... Aku terfikir jugak bila dengan berita perihal bocor ni keluar kat media, salah calon-calon UPSR ke??? Entahlah... Mungkin ye, mungkin juga tidak... Apapun, Sabarlah adik-adik.. Jadikan cabaran untuk kalian untuk lebih berjaya ye.. Abang doakan kalian..
Sebagai ibu bapa pun stress jugak, manakan tidak smpai ada yang terpaksa cancle nak bercuti sebab anak tak abis UPSR lagi.. Lagipun, bukan semua rakyat marhaen ni berada, ada yang hidup cukup-makan jer. Benda-benda macam ni sikit sebanyak akan beri kesan kat mereka jugak.. Nak hantar anak kat sekolah untuk ambil UPSR tu pun pakai duit jugak.. Aku terfikir jugak, macam mana la hidup orang yang kat pedalaman yang susah dah dapat access dengan sekeliling terutama yang terlibat secara langsung dengan perkara ni.. Hanya mereka je yang tahu.. Apa yang aku boleh kata, sabar jelah.. Jadikan hikmah di balik semua ni.
Tengok post status seorang sahabat dengan facebook
"Demi integriti...
Ulang balik semua kertas UPSR demi nilai sebuah peperiksaan!"
Ermm.. betul jugak...
********************************************************************
["Rumah bocor boleh ditampal, soalan bocor boleh di repeat, tapi kalau hati dah bocor??? tepuk dada tanya la iman masing-masing.. Anda mampu mengubahnya"]
Comments