=nukilan buat guru=
Kehadapan cikgu-cikgu yang pernah dikenali dan sedang mengenali, moga kalian berada dalam keadaan sihat dan sejahtera.
Cikgu-cikguku,
1995 bermula lembaran sebagai seorang pelajar. Menimba ilmu dari ABCDEFGHIJKLMNOPQRSTUVWXYZ hinggalah 1234567890 dan seterusnya. Dari lukisan rumah papan berlatar belakangkan bukit bukau dan sawah padi hinggalah lukisan cantik yang sentiasa dipuji. Waima prinsip-prinsip sains dan hukum-hukum agama banyak membimbingku menjadi insan berguna. Itu antaranya. Begitu banyak untuk dinyatakan. Yang tak mampu diluahkan. Terima kasih cikguku.
Guru-guruku,
Pendidik anak bangsa, memanduku ke arah kecemerlangan. Jika dulu aku tidak mengenali diri sendiri, kau tunjukkan. Jika dulu aku pernah berputus asa, kau bangkitkan. Jika dulu karenahku menggugat kesabaranmu, kau hanya senyum. Kegigihanmu jelas terpancar, mendidikku tanpa jemu. Motivasimu membakar semangatku. Terima kasih guruku.
Pendidik-pendidikku,
Ingat lagi di kala nyanyian lagu Kami Guru Malaysia, ikrar dan janji cikgu tunjukkan. Satu-satunya lagu yang ingin ku dengar dan ku ingati hingga hari ini walaupun liriknya tak mampu ku luahkan sepenuhnya. Ku tahu ikrar dan janji itulah cikgu pegang sepanjang bergelar pendidik. Tak pernah cikgu ingkari. Terima kasih pendidikku.
Pembimbing-pembimbingku,
Ku rindu akan rotanmu, walaupun sakit, berkat rotanmu banyak mendisiplinkan ku. Rotanmu jugalah memberi aku ruang perubahan. Menurut segala kata-katamu, bukan hanya omong kosong tetapi sebaliknya begitu berharg. Ungkapanmu "masa itu emas" amat terpahat dalam naluriku. Itu yang ku pegang hingga hari ini. Apa yang kurang kau tunjukkan. Apa yang lemah kau bimbingkan. Terima kasih pembimbingku.
Pensyarah-pensyarahku,
Jasamu ku kenang sampai bila-bila. Mendidikku seperti diri ku yang kau kenal sekarang. Walaupun bukan sebagai pegawai besar, namun ku berbangga dengan kerjayaku. Itu semua berkat usahamu pensyarahku. Tidak mampu rasanya untuk aku balas semuanya. Tidak ternilai dengan wang ringgit.Terima kasih pensyarahku.
Akhir kalam, buat semua yang bergelar pendidik tak kira di mana anda berada, SELAMAT HARI GURU! Terima kasih CIKGU...
gajus berkata : memori indah bersama warga pendidik di TADIKA KEMAS KG BELUKAR LUAS(1994) , SEKOLAH KEBANGSAAN KETEREH (1995-2000), SEKOLAH MENENGAH AGAMA PERSEKUTUAN LABU(2001-2003) , SEKOLAH MENGENGAH KEBANGSAAN KETEREH(2004-2005) , UTAMA BANKING TRAINING CENTRE(2005-2006) dan PERUBATAN UNIVERSITI MALAYA (2006 hingga sekarang) amat terpahat di hati. Andai masa dapat diundurkan, ingin sekali ku kembali ke saat itu. Kepada mereka yang secara langsung atau tidak langsung memberi ilmu kepadaku, di mana-mana sahaja, ku amat menghargainya. Biar jasa jadi kenangan. Sesungguhnya menuntut ilmu sentiasa berterusan sampai bila-bila.

Comments