=seorang geriatrik=
Pukul 9 malam
Aku datang
Aku datang
Menatap seorang tua
Bergelar geriatrik
Seorang diri
Di katil itu
Sepi sahaja tanpa teman
Dia bangun
Mahu dimandikan
Bunyi suara kelaparan
Percakapan tidak berhenti
Kesalnya
Tidak bisa memahami
Apa yang dibicarakan
Yang ada hanya kumat kumit
Makanan diberikan
Dia sudah dimandikan
Dia senyum
Gigi tinggal satu
Ketika ini
Menutup matanya kembali
Dibuai mimpi mungkin
Keluarga, saudara, sahabat dan taulan
Entah ke mana
Dia bergelendangan, sebelumnya
Dia pasrah
Pukul 7 pagi
Sehingga seterusnya
InsyaAllah, moga mentari muncul jua
Pukul 7 pagi
Sehingga seterusnya
InsyaAllah, moga mentari muncul jua
Comments