Posts

Showing posts from May, 2013

=Aku bukan askar!=

Dunia... penuh penipuan.. kadang-kadang begitu senang manusia itu diperdayakan.. Hanya yang benar-benar bijak mampu menilai kesahihannya. Bukan semua perkara yang kita nampak itu betul. cuba jangan percaya. selidik betul-betul. jangan nanti terkena pada diri sendiri. Diluar memang nampak cantik, tapi di dalam belum tentu! Diluar mungkin nampak buruk, tapi di dalam mungkin lebih baik dari apa yang kita sangkakan.. Kadang-kadang berprasangka itu baik, tapi biarlah yang baik-baik. gajus berkata : hanya ingin memberitahu, aku bukan askar. sila jangan percaya pada pandangan pertama di mukabuku! :P

=nukilan buat guru=

Kehadapan cikgu-cikgu yang pernah dikenali dan sedang mengenali, moga kalian berada dalam keadaan sihat dan sejahtera. Cikgu-cikguku, 1995 bermula lembaran sebagai seorang pelajar. Menimba ilmu dari ABCDEFGHIJKLMNOPQRSTUVWXYZ hinggalah 1234567890 dan seterusnya. Dari lukisan rumah papan berlatar belakangkan bukit bukau dan sawah padi hinggalah lukisan cantik yang sentiasa dipuji. Waima prinsip-prinsip sains dan hukum-hukum agama banyak membimbingku menjadi insan berguna. Itu antaranya. Begitu banyak untuk dinyatakan. Yang tak mampu diluahkan. Terima kasih cikguku. Guru-guruku, Pendidik anak bangsa, memanduku ke arah kecemerlangan. Jika dulu aku tidak mengenali diri sendiri, kau tunjukkan. Jika dulu aku pernah berputus asa, kau bangkitkan. Jika dulu karenahku menggugat kesabaranmu, kau hanya senyum. Kegigihanmu jelas terpancar, mendidikku tanpa jemu. Motivasimu membakar semangatku. Terima kasih guruku. Pendidik-pendidikku, Ingat lagi di kala nyanyian lagu Kami Guru Malaysia, i...

=12 MEI=

First of all, thank you! thank you! thank you!....  Pada semua yg masih sudi membaca... aku akui akan kemalasan aku untuk mencoret sesuatu yang baru dalam si gajus nih... memang aku sedar! Tahap kesedaran aku masih penuh, waras dan berorientasi pada sesuatu... Namun apakan daya.......  ok.. 12 Mei tu semalam... apa kaitannya dengan aku????... Pada yang tahu aku ucapkan tahniah... anda seorang yang prihatin... terima kasih daun keladi... terharu... salute! Bangun pagi ni aku tersenyum sendiri... sehinggalah saat ini... hihihi gajus berkata : Selamat HAri Ibu dan Selamat Hari Guru!!