=bila rindu=

Salam sejahtera buat anda...

Rindu mendalam dalam diri.. mengiatkan aku pada orang yang sangat aku cintai... nun jauh di sana... aku hanya berharap agar dia sihat sentiasa.. sentiasa bahagia.. dan dijauhkan segala  kesusahan...

Bila rindu, hati meronta-ronta untuk berjumpa... Bila rindu, fikiran aku tak keruan.. Ingin sahaja aku berjumpa kamu dan meluahkan segala isi dan perasaan dalam hati bahawa aku rindu padamu..

Saat ini, aku tak mampu menipu lagi... Sejujurnya aku teramat-amat merinduimu... Hanya memori indah peneman aku di kala ini... Saat manis kita bersama tidak akan aku lupa sampai bila-bila...

Bila rindu, hanya sekeping gambar cantik dan manis mu dapat aku tatap.... Bila rindu, hanya bisikan dalam hati mampu ku ungkapkan...

Hati berkata... mampukah aku merindui mu sekian lama... Sehari bagaikan setahun... Sebulan bagaikan berkurun-kurun... kalau setahun, tentu aku sudah tidak keruan.. Rindu aku akan membuak-buak...

Doaku, moga aku dipanjangkan umur agar kita mampu bertemu lagi.. agar aku mampu mengubati rindu aku yang amat mendalam dalam hatiku... I miss you so much duhai 
IBUKU...


[Entri khas ini aku tujukan untuk ibuku nun jauh di kampung PUAN KAMARIAH BTE STAPHA yang kini berada di Kg Tanjung Pagar, Ketereh Kelantan.]



Comments

Unknown said…
alahai sweetnye anak mak ni


kalo jd mak da ngis laju2
Si Pensel said…
rindu itu adalah satu anugerah... ;)
hawiz said…
patot la name si gajus...faham dah..miss my mum too

Popular posts from this blog

=kesah GAJUS=

=The Road Not Taken [versi bahasa melayu]=

=Si GaJus!!! Kembali=