=Sudah ketentuanNya, Antara Kerjaya dan Ibu Bapa=
Assalamualaikum.. Salam sejahtera, selamat menempuh hari jumaat penghulu segala hari, moga kita mendapat keberkatan dalam apa jua perkara yang kita lakukan...
07/10/2011@0605
Telefon berdering, menerima satu panggilan kecemasan, terdapat mangsa lemas di kolam renang di tempat sekian-sekian.. mangsa seorang wanita berumur lebih kurang 50an terapung dalam kolam renang... Staff yang bertugas segera ke tempat kejadian menaiki ambulans.. Setibanya di sana, mangsa terbaring kaku di tepi kolam. Berada disamping suami yang berumur yang tidak mampu berbuat apa-apa.. Cuma mengharap si mangsa akan sedar dengan kehadiran staff yang bertugas..
Nadi diperiksa, tidak dapat dirasai. Bebola mata diperiksa, tiada reaksi pada cahaya lampu. Pad mengesan rentak jantung diletakkan, tiada rentak dikesan. Tekanan dada dilakukan berserta 2 pernafasan melalui beg yang disambung oksigen diberi.. ubatan juga diberi dengan harapan mangsa akan sedar....
Selang beberapa ketika (lebih kurang 30 minit), mangsa masih tidak bernyawa.. tiada tanda-tanda kehidupan. Si suami yang mengharap diberitahu.. Si suami terkedu tak terkata.. Telah hilang tempat mengadu kasih.. Telah hilang tempat berteman... Anak-anak jauh di luar negara mencari rezeki katanya....
* * * * *
Kasih ibu membawa ke syurga, kasih ayah tiada tandingnya... Kasih anak-anak, semuanya jauh di mata.. Buat haluan masing-masing..
Comments