=pekerja berbaju uniform rata-ratanya lupa tanggunggjawab=

Assalamualaikum... salam sejahtera.. terima kasih anda kesudian anda menjengah blog aku nih...

Semalam aku menyinggah bersama rakan yang lain ke open house kakak kepada salah sorang teman serumah aku... terima kasih sangat2 kat tuan rumah (k.teh dan suami) sebab terima kehadiran kami... ghase menganggu sebab dah dekat pukul 12 tgh malam..heheh.. dasat kan. g open house umah org tengah-tengah malam... kalau org lain aku rasa da close house waktu macam tuh....

banyak sangat juadah dapat dijamah walaupun da last2 minit.. walaupun kata k.teh, menu express, tapi bagi aku sangat sedap... maklumla semua tengah lapar.. perut masing2 kosong sebab prepare nak g open house...hihihi

sibuk menjamu selera tuh, banyak jugak perkara yang dibualkan. especially dengan k.teh... actually, k.teh seorang guru Pendidikan Islam di sebuah sekolah rendah berdekatan.. banyak pengalaman dan perkara yang dibualkan... 

dalam asyik berbual-bual, k.teh ada bagitau aku, kebanyakan pekerja beruniform lupa akan tanggungjawab... bukan tanggunggjawab terhadap keluarga, bukan tanggunggjawab terhadap masyarakat tetapi tanggunggjawab kepada Allah.. yang aku maksudkan solat lima waktu... 


kenapa k.teh berkata sedemikian??
tugas sebagai guru biasanya berdepan dengan pelbagai karenah pelajar... ada yang baik. ada yang menurut kata.. tak kurang ada yang degil dan macam-macam lagi perangai dan tingkah laku... k.teh pernah bertanya kepada beberapa pelajarnya(yang agak nakal) tentang solat... "kamu solat tak???", jawab pelajar itu "TAKKK",  bila ditanya tentang kedua ibu bapa pelajar tersebut yang rata-ratanya pekerja berbaju uniform,dengan selambanya pelajar tersebut menjawab "TAKKK jugakk!!!!"....

ermmm....


gajus berkata: kita sering memperkatakan tugas kita terhadap masyarakat tu penting sebab kita dibayar gaji, tapi pernahkah kita fikir, tugas kita kepada Allah lagi penting berbanding segala-galanya... x kira siapa kita, berkerjaya ataupun tak.. beruniform ataupun tak... sebab Allah tak pandang semua tuh... yang penting hati kita ikhlas terhadapnya....

Comments

shazmir said…
komfem ko akan berjaya beb..!!
papa sham.. suka sangat entry nih.. peringatan berguna.. terima kasih

Popular posts from this blog

=kesah GAJUS=

=The Road Not Taken [versi bahasa melayu]=

=Si GaJus!!! Kembali=