=durian=
Assalamualaikum.. slamat petang... gud afternoon.. eh2 evening...huhu... what eve la... janji sume sehat okeyh...
kali nih malas nak tulis tajuk entri panjang-panjang....... haha.. korang tgk sdiri la...
ni citer pasal durian.. pe kena ngan durian... hah.. bace la sdiri yer...
petikan dari kosmo arinih...
PERLAWANAN bola sepak Piala Amal Menteri Besar Perak yang berlangsung di Stadium Perak, Perak, baru saja lima minit bermula. Tatkala mood para pemain sedang berkobar-kobar untuk mengecapi kemenangan secara tiba-tiba semua yang berada di dalam stadium dikejutkan dengan insiden yang mencemaskan.
Bekas juara bina badan dan Mr. Asia enam kali, Datuk Malek Mohd. Noor, yang bermain pada posisi penjaga gol diserang sakit jantung. Bekas atlet berusia 57 tahun tersebut dilihat berpaut pada tiang gol gara-gara menahan kesakitan pada bahagian dada.
Mula-mula saya berasa pening. Kemudian, sesak nafas sehingga saya rasakan badan semakin mengembang dan jersi mula mengetat terutamanya di bahagian perut. Oksigen saya pula pada waktu itu bagaikan tidak mencukupi dan membuatkan saya tercungap-cungap.
Paling mengejutkan, ada pula pihak yang mendakwa serangan jantung ini akibat saya makan buah durian sewaktu menyertai aktiviti melawat sebuah ladang buah-buahan di Ipoh, Perak anjuran Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (Yakeb). Sukar bagi saya untuk mengiyakan dakwaan itu kerana doktor pun tidak mengesahkannya.
hah... nak tau ag, klik kekunci nih ---> DURIAN BEST!!
Comments