=seorang geriatrik=
Pukul 9 malam Aku datang Menatap seorang tua Bergelar geriatrik Seorang diri Di katil itu Sepi sahaja tanpa teman Pukul 3 pagi Dia bangun Mahu dimandikan Bunyi suara kelaparan Percakapan tidak berhenti Kesalnya Tidak bisa memahami Apa yang dibicarakan Yang ada hanya kumat kumit Makanan diberikan Dia sudah dimandikan Dia senyum Gigi tinggal satu Ketika ini Menutup matanya kembali Dibuai mimpi mungkin Keluarga, saudara, sahabat dan taulan Entah ke mana Dia bergelendangan, sebelumnya Dia pasrah Pukul 7 pagi Sehingga seterusnya InsyaAllah, moga mentari muncul jua