Posts

Showing posts from January, 2012

=Alangkah best kalau hari-hari macam ni=

Image
Salam sejahtera buat anda.... Balik keje pagi tadi, aku merempit motor macam biasa.. Rasa macam best saja kat jalan raya bila aku tengok tak banyak sangat kenderaan yang turut sama merempit dengan aku waktu itu...errr..  Tenang saja aku tengok.. Sempat aku beremosi sambil bawa motor...hihihi..  Biasalah waktu cuti umum.. Lagipun semua rakyat jelata pulang ke kampung halaman manfaat cuti masing-masing...  Alangkah best kalau hari-hari macam ni.. Tak perlu nak me"stress"kan diri berhadapan dengan kesesakan jalan raya... Nak pergi mana-mana pun tak perlu kejar masa.. Yelah masa itu emas... Kalau lah jalan sesak tak ke ambil masa sampai berjam-jam baru sampai destinasi... 

=bila rindu=

Salam sejahtera buat anda... Rindu mendalam dalam diri.. mengiatkan aku pada orang yang sangat aku cintai... nun jauh di sana... aku hanya berharap agar dia sihat sentiasa.. sentiasa bahagia.. dan dijauhkan segala  kesusahan... Bila rindu, hati meronta-ronta untuk berjumpa... Bila rindu, fikiran aku tak keruan.. Ingin sahaja aku berjumpa kamu dan meluahkan segala isi dan perasaan dalam hati bahawa aku rindu padamu.. Saat ini, aku tak mampu menipu lagi... Sejujurnya aku teramat-amat merinduimu... Hanya memori indah peneman aku di kala ini... Saat manis kita bersama tidak akan aku lupa sampai bila-bila... Bila rindu, hanya sekeping gambar cantik dan manis mu dapat aku tatap.... Bila rindu, hanya bisikan dalam hati mampu ku ungkapkan... Hati berkata... mampukah aku merindui mu sekian lama... Sehari bagaikan setahun... Sebulan bagaikan berkurun-kurun... kalau setahun, tentu aku sudah tidak keruan.. Rindu aku akan membuak-buak... Doaku, moga aku dipanjangkan umur agar kita mampu b...

=orang tanya, aku jawab... MONOLOG sendiri!!!=

orang tanya, kau kerja apa?? Aku jawab, seorang JURURAWAT.. orang tanya, kau tak malu ke?? Aku jawab, aku tak malu malah bangga.. orang tanya, kau dah tak ada kerja sesuai ke?? Aku jawab, ada bukan tak ada.. orang tanya, kau seronok ke?? Aku jawab, sangat seronok.. orang tanya, kau dah lali kena marah kena maki?? Aku jawab, bukan lali itu semua dugaan aku harus sabar.. orang tanya, kau tak rasa rugi jadi jururawat?? Aku jawab, tak malah aku beruntung.. orang boleh tanya... itu hak.. jawapan aku senang.. tuh jerrr... yang penting,  ade aku kesah?????

=makna sepuluh ringgit=

Image
Salam sejahtera buat anda... Anda tentu pernah tengok sepuluh ringgit... dan bagi anda tentu tiada apa-apa makna.. bagi aku begitu besar maknanya... memori aku terus ke arah itu bila aku lihat sepuluh ringgit ini...  hari-hari berdepan dengan kesibukan tempat kerja memang suatu cabaran yang aku tempuhi.. berhadapan dengan pelbagai telatah, ragam dan adat manusia terutama bergelar seorang pesakit... memang memupuk aku bersifat sabar dan sentiasa "empathy" suatu hari, aku bertugas seperti biasa... pada hari tersebut, aku ditugaskan menjaga seorang pesakit berumur dalam lingkungan 80 an... mengidap masalah kegagalan buah pinggang tahap akhir.. waktu itu dia hanya bernafas menggunakan terapi oksigen dan keadaan agak stabil.. aku sempat berbual-bual dengannya.. walaupun dimamah usia tetapi ingatannya tetap utuh... sedikit terkilan bermain di fikiran aku apabila beliau menyatakan beliau hanya tinggal bersama orang gajinya sedangkan anak-anaknya (3 orang kalau aku tidak silap) ...

=beza mekanik dengan doktor=

Salam sejahtera buat anda...  sila hayati kisah pendek ini... versi bahasa inggeris.. harap anda faham.. :) *********************************** A mechanic was removing a cylinder head from the motor of a Harley motorcycle when he spotted a well-known heart surgeon in his shop. The surgeon was there, waiting for the service manager to come and take a look at his bike.  The mechanic shouted across the garage,  "Hey, Doc, can I ask you a question?" The surgeon a bit surprised, walked over to the mechanic working on the motorcycle. The mechanic straightened up, wiped his hands on a rag and asked, "So Doc, look at this engine. I open its heart, take valves out, fix them, put them back in, and when I finish, it works just like new. So how come I get such a small salary and you get the really big bucks, when you and I are doing basically the same work?" The surgeon paused, smiled and leaned over, and whispered to the mechanic...   "Try doing it with the engine...

=moga esok lebih baik=

Salam sejahtera buat anda.. Detik dan waktu berjalan tanpa disedari... Baru pagi tadi aku kongsi dengan anda apa yang telah berlaku pada aku hari ini... Itulah namanya asam garam kehidupan sebagai umat dan insan yang tidak sempurna.. Insan yang banyak kelemahan..  Tiada yang lebih sempurna melainkan Dia... Sudah tiba masa beberapa minit lagi hari ini bakal melabuhkan tirai... Aku cuma ingin mengharap satu perkara sahaja dalam entri yang ringkas ini... "moga esok lebih baik" InsyaAllah... *esok 'surely' aku tugas syif pagi.. :)

=semua serba tak kena=

Salam sejahtera buat anda... Entri ni tak brape nak spontan daaa.. aku rasa agak serabut hari ni.. semua serba tak kena.... ish3.... Pagi tadi aku bangun agak lambat dari biasa.. Dalam kepala da set , tugas syif pagi (masuk pukul 7pagi) hari ni.... Punye la kelam kabut tadi sebab pukul 6.40 pagi baru sedar... adehhhh... so, bangun tadi semua aku settlekan dengan seexpress  yang boleh (mandi, solat dan apa-apa yang perlu)... Bila dah bangun lambat, mula la jadi serabut... baju pun x sempat iron ingat harini mampu bangun awal..set alarm pukul 5.30 so terpaksalah pekena baju smlm ... mujurlah kelihatan suci bersih..hihihi So , dengan kudrat yang ada, bertemankan sweater dah helmet serta beg galas, aku terpaksa merempit seperti litar untuk ke tempat kerja... mane taknya, lagi sepuluh minit... aku tak mahu lambat smpai... nanti rekod kedatangan tak bape baik... tambah-tambah awal2 tahun.. maklumlah sekarang semua kena baik ... sebab aku tak berapa pandai nak kipas-kipas or pasang air...

=SPONTANEOUS THURSDAY # 7 : mood=

BILA KEPALA SERABUT SEMUA SERBA TAK KENA ADEHHHH!!!!

=WORDLESS WEDNESDAY # 11 : aku dan pisang ^.^=

Image

=CNE untuk CPD=

Image
Salam sejahtera buat anda... hari ini merupakan cuti mingguan aku... masa untuk aku hentikan seketika kesibukan bekerja.. dapat mengurangkan tekanan kerja yang kian bertambah saban hari... walaupun satu hari tetapi amat bermakna untuk aku.... sekurang-kurangnya, fizikal dan mental aku mampu berehat seketika... hehehe bila bercuti, inilah yang jadi.. kebosanan melanda diri... itulah gara-gara bercuti di kala orang lain seronok mencari rezeki... keseorangan di rumah.... sebab itu mahu tak mahu aku terpaksa singgah juga ke tempat kerja.. bukan untuk berkerja tetapi menimba ilmu... menghadiri program CNE ( continuing nursing education ) selama dua jam... ( rajin tak aku ??) hehehe ... program ini bukanlah satu program yang wajib aku harini tetapi suatu program yang perlu jika aku ingin terus berkerja sebagai seorang jururawat.. setiap tahun, aku perlu memperbaharui lesen pengamalan jururawat.. lesen ini adalah satu perkara wajib sebagai seorang jururawat terlatih..  salah satu syar...

=video CNY 2012=

Image
Salam sejahtera buat anda... salam bertemu kembali.. sudah lama tak bersua muka, kaki, kuku tangan dan apa sahaja bahagian....  sejujurnya aku bukan melupakan dunia yang penuh makna ini.. tapi mungkin aku sudah tak seaktif dahulu..  entri kali ini aku hanya ingin berkongsi dengan anda satu video yang penuh makna.. video yang aku sempat lihat dari laman  youtube .. sempena CNY yang bakal menjelma minggu depan... banyak mesej tersirat yang terus terang buat aku rasa sikit terharu... layan saja.. :) *happy becoming CNY to all my chinese friend...

=WORDLESS WEDNESDAY # 10 : aku masih ada...=

Image