Posts

Showing posts from 2014

=alangkah beruntungnya=

Tengah hari itu.... bahang panas yang amat (12.40 tengahari) di sebuah lampu isyarat menuju ke arah kelana jaya, tiba-tiba datang sebuah motor berhenti disebelah motor aku... Hanya sekilas pandang pada mulanya... tetapi aku rasa tertarik untuk memandang sekali lagi.. Agak terkejut... tapi aku masih lagi cover, tak tunjuk sangat pada si pemandu.. empat kelibat di atas sebuah motor termasuk pemandu. Di depan sekali (dalam bakul motor), rasanya anak yang bongsu, diikuti si ayah(agaknya) sebab paling tua, dibelakangnya ada anaknya, lpas tu lagi sorang anaknya (mungkin paling tua) diikuti si isteri di belakang sekali... kehidupan mereka begitu sukar sekali.. aku cuba bayangkan, beginikah hari-hari mereka... timbul keinsafan dalam diri untuk lebih bersyukur, lebih menghargai apa yang aku ada, andai anda fikir anda susah, fikirlah orang lain yang lebih susah andai anda fikir anda hanya mempunyai rumah biasa, fikirlah orang gelandangan yang tidak mempunyai tempat untuk berteduh.. a

=PENAMPAR=

Perihal penampar, ini fakta atau atau: petikan dari facebook "PENAMPAR adalah salah satu penawar yang mujarab dan berkesan untuk semua jenis penyakit terutamanya penyakit yang suka MENYIBUK hal orang" Mungkin  agak sesuai juga untuk sesetengah orang yang memang tak faham bahasa yang suka nak jaga tepi kain orang lain. kalau perkara yang baik-baik tak apalah juga. tapi kalau dah dari A to Z semua nak menyibuk, sorry to say, memang sesuai.. ibarat kain sendiri koyak tak nampak, kain orang yang jarang dilebih-lebihkan. Tapi biarlah berpada, kita ni ada adab siapa lah kita untuk menampar orang tak ada hak pun. Apa yang boleh kita buat, bersabarlah beristighfarlah mohon Tuhan lembutkan hati orang yang suka menyibuk itu... Mungkin selama ni dia tak sedar, Mungkin selama ni juga tak ada sesiapa pun yang tegur Jadi si polan yang suka menyibuk ni pun tak sedar sebab tak ade sesiapa ingatkan dia Jadi, ada baiknya ingat mengingati semasa insan Moga beroleh kebahagia

=GENTING=

Hujan turun dengan lebat seakan menemani. Alhamdulillah.... nikmat alam.. sekarang masa yang amat genting untuk aku ibarat retak menanti belah dan telur dihujung tanduk andai tak dilakukan, failed lah semuanya..  gitu sekali penangannya sebenarnya, saat yang genting apabila terpaksa menyiapkan assignment-assignment yang ada memang genting itulah nak tentu lulus atau gagal lulus bererti dah berjaya kalau gagal, faham-faham sendirilah itulah padah kalau dah di akhir-akhir waktu baru nak fokus. salah diri sendiri juga. patutnya, dari awal lagi kena set in mind, merancang dari awal, bukan last minute punya kerja kan merana kepeningan! p/s: selamat berassignment kawan-kawan

=Perihal B.O.C.O.R=

Image
Sekadar pendapat sendiri, yang baik dijadikan teladan, yang buruk dijadikan sempadan, yang tak betul jangan cuba untuk percaya... ******************************************************************** Tak abis abis kisah pasal bocor, arini timbul lagi... Calon UPSR perlu ulang semula kertas Matematik dan Bahasa Tamil... Alamak ada yang tak kena... Apa sudah jadi???? Sejujurnya, my fisrt impression when i heard about this is "awat yang teruk sgt smpai lagutu??? UPSR je kut, sungguh memalukan dan menyiksakan budak-budak ni.. kena repeat balik"  Mujurlah tak ada seorang ahli keluarga aku atau anak buah  seorang calon UPSR.. Memang dengar bunyi " repeat "  atau kata Melayunya "ulang" tu satu kata yang mudah... Satu perkataan yang tak perlu didengungkan mengikut harakat yang pangjang. Tapi besar impaknya tak kiralah pada sesiapa pun, waima pada diri aku sendiri yang memang tak ada kaitan langsung dengan UPSR.. Kalau tak ada impak, masakan aku n

=empat tambah empat=

Image
Alhamdulillah...  makin hari makin banyak perubahan...  dia dah mampu bertatih...  tutur katanya buat aku senyum sendiri...  walaupun hanya dirinya saja yang faham.. Inilah namanya nikmat..  melihat dia membesar di depan mata..  syukur... Arini aku nampak dua lagi bakal tumbuh..  satu atas dan satu bawah.... "say cheese"

= 5 bulan yang kesepian=

Alhamdulillah, setelah 5 bulan, kini hidup kembali. Walaupun masih mencari-cari apa yang tak kena Tapi syukur, masih diberi kesempatan untuk bersama Ya, 5 bulan memang lama Tanpa khabar berita Itu memang diakui Biar apapun... Natijahnya, aku masih di sini Kendatipun tiada nukilan Walaupun jarang kedengaran Masih blogwalking seperti biasa Oh sigajus Jangan menangis lagi Aku tetap ada Bersama sentiasa Dari hari pertama kau lahir Hingga titisan kata ini... [yang ikhlas itu ada]

=sempadan golok vs jawa=

Image
Hidup ini indah. Ada kalanya sukar untuk menjangkakan sesuatu. Kata pepatah, manusia hanya merancang, tetapi Tuhan yang menentukan. Sebaik mana pun perancangan, tapi kalau Tuhan tidak mengizinkan, sesuatu benda tak akan jadi. Tapi sebagai hambaNya, kita kena sentiasa berdoa moga dipermudahkan segala urusan yang hendak kita lakukan. Andai yang baik datang kepada kita, syukurlah. Andai yang buruk mendekati kita, terimalah. Belajar jadikan sempadan. Cungkillah disebalik kejadian. Tentunya ada hikmah. Tuhan akan sentiasa bersama orang yang sabar. ***************************************************************** Perancangan Tuhan itu terbaik. Siapa sangka sang sempadan golok boleh bertemu jawa. Itulah takdirnya, Syukur padaMu Ya Allah.

=biasa-biasa seperti biasa=

Ok. dah berkulat blog yang biasa-biasa ini. Andai dapat dihitung, ditimbang mungkin dah berkati-kati sawang yang ada. Tak ada siapa pun yang kesah. Maklumla biasa-biasa saja. Tiada kelebihan pun. Hanya biasa-biasa. Andai tak percaya, cuba tengok, cuba lihat. hanya biasa-biasa. Pengisian kali ini pun biasa-biasa juga. Tiada yang menarik dari biasa-biasa. Nak jadikan pengajaran apatah lagi. tak perlu rasanya.  Namun dalam biasa-biasa, semangat itu masih ada, walaupun semangat biasa-biasa. Tangan yang biasa ini juga dah mampu untuk menulis hingga tinta ini yang biasa-biasa. Bagi yang tidak biasa, harap maaf dari tuan yang biasa-biasa ini. Sekian, dari tuan yang biasa-biasa. [yang bisa-biasa kadang-kadang lebih bernilai berbanding yang "over"biasa]