Wednesday, November 30, 2011

=WORDLESS WEDNESDAY # 9 : dahaga tak???=



=Today is the day=

Assalamualaikum.. salam sejahtera....

Tanggal 01.01.2011 menjadi detik bersejarah buat mereka.. Hati dua mempelai di satukan.. Itulah bukti cinta mereka... Sama cocok... Sama padan.... Yang kumbang cukup dengan kemachoan... Yang bunga cukup dengan keayuan... Dipadankan dengan persalinan cream dan merah.. dua mempelai itu cukup serasi.... Kaum kerabat yang datang tak putus-putus dengan ucapan Selamat Pengantin Baru.. Barakallah....

Hari berganti hari.. Detik demi detik... Rumah tangga yang di bina lebih bermakna... Cukup menggembirakan buat mereka apabila si isteri di sahkan mengandung... Itulah bukti kebahagiaan mereka... Tahniah....

Saban waktu, si ibu menanti dengan penuh sabar sambil membawa satu nyawa dalam kandungan kemana sahaja.. Menanti kelahiran zuriat sulung... Si ayah pula sentiasa memberi semangat kepada si ibu... Apa sahaja kemahuan ibu dituruti demi menjaga keselamatan anak dalam kandungan...

Sampai waktu, due yang sepatutnya si anak lahir ke bumi tetapi si anak masih lagi selesa dalam kandungan ibu... masih tiada tanda untuk membuka mata melihat dunia ciptaan Tuhan... Semua sudah menjadi ketentuannya...

Saat ini, masa telah tiba.. si ibu sedang bertarung nyawa di bilik bedah demi kelahiran seorang zuriat.. Moga selamat semuanya... Amin..

*Gud luck NURUL HUSNI

Tuesday, November 29, 2011

=kisah panggung wayang=

Assalamualaikum.. salam sejahtera....

Petang semalam, selepas menghantar seseorang ke tempat kerja (beliau kerja syif malam)  beliau ada mengajak aku untuk menonton wayang pagi ini...  Katanya kalau boleh waktu yang paling awal dan cerita yang best.. Aku hanya ok kan aje... tandanya aku setuju.... Esok beliau dengan aku bekerja syif malam sebab itu pilih waktu paling awal...

Tibanya hari ini, tepat jam 10 pagi, aku menuju ke panggung wayang yang dituju.... Ingat nak book... tapi tak boleh sebab dah penuh booking (internet booking).... Sampai sahaja di panggung wayang, kami gembira skit sebab orang pun tak penuh...Alhamdulillah.. masih awal lagi.. lagipun hari bekerja...

Di kaunter, kami serentak menyebut cerita yang ingin kami tonton.. Alhamdulillah dapat sit yang cantik jugak... tak depan sangat.... so dapatla enjoy cerita tersebut....

Cerita dah bermula... kami layan sampai habis sambil ditemani air coke berserta popcorn yang dibeli

Tup tup... dah abis.... baru part 1.... so ada sambungan tapi tak tahu bila akan keluar... cerita yang best tapi bagi aku x sebest sgt.. kadang-kadang ngantuk time tgh layan tapi aku tak tido.. so kira ok la....



itu jer perjalanan sebuah cerita di panggung wayang.... Aku cuma just nak bagi tahu aku dah tengok cerita twilight terbaru..hahahaha... sebab sebelum ni aku tak penah tengok pun mana-mana cerita twilight... (anda sila percaya!!!!)... sebab tu la nak kasi tahu kat anda...hihihihihi...


*jangan tanya aku siapa "beliau"... 

Monday, November 28, 2011

=Suara masing-masing hak masing-masing =

Assalamualaikum.. selamat malam buat anda semua... Terima kasih sebab masih lagi sudi singgah sini... Dah lama rasanya tak bersua...hihihih..  Hari ini, saat ini aku terpanggil untuk berbicara sesuatu...

Sebelum aku meneruskan apa yang perlu dititipkan, aku rasa masih tak terlambat untuk aku ucapkan Salam Maal Hijrah 1433... Salam Tahun Baru... Moga kedatangan tahun baru memberi lebih semangat dan kekuatan serta peluang untuk mencapai apa sahaja hajat atau keazaman yang ingin kita capai... InsyaAllah...

* * * * *

Setiap manusia memang ada hak untuk bersuara... ada hak untuk memberi pendapat masing-masing.... dan ada hak untuk menyuarakan sesuatu.. Tak kira apa sahaja.. penghargaan, kritikan atau ketidakpuasan hati... itu sudah menjadi hak dan tidak ada sesiapa pun boleh menghalang...

Tapi ada batasnya... Batas yang aku maksudkan adalah kalau ingin menyuarakan sesuatu jangan sampai membuat orang lain terasa... sampai ada yang bergaduh-gaduh.... itu yang tak mahu... Memang niat hati nak memperbetulkan keadaan.. tetapi kalau sampai bermasam muka... aku rasa memang tak patut la...  Kata-kata juga perlu dijaga.. Teliti dahulu apa pendapat yang ingin disuarakan.. yang paling penting, cermin diri dulu... lihat pada diri sama ada kita adalah orang yang terbaik untuk mengatakan sesuatu ketidakpuasan.. maksud aku, kita juga telah mengamalkan seperti yang dikata... Paling senang, berada pada situasi seseorang dahulu sebelum mengkritik apa yang dilakukannya... kerana mungkin kita tak tahu keadaan sebenar sebab sesuatu perkara terjadi... Sedikit sebanyak masing-masing akan faham.... 

Perkara penting juga, fikir dahulu pro dan kontra apa yang akan diperkatakan, apa jua pendapat atau kritikan yang ingin disampaikan... jangan hanya memandang pada seseorang... sebab tak mahu kerana nila setitik, rosak susu sebelanga... 

Pada yang dikritik, cuba sama-sama fikir apa yang dilontarkan seseorang... terima dengan hati terbuka... mungkin ada kelemahan yang tak nampak...

Sempena, Maal Hijrah ni, sama-sama kita berhijrah ke arah yang lebih baik... Memang kita dilahirkan tidak semuanya sempurna.. banyak kelemahan dalam diri... Sama-sama kita berdoa agar kita mampu memperbetulkan segala kelemahan... belajar dari pengalaman lepas... yang penting, fikir dahulu sebelum ingin melakukan sesuatu dan sebelum ingin menyuarakan apa sahaja.... Buang yang keruh, ambil yang jernih.... -peace, Selamat Beramal...



Saturday, October 8, 2011

=Perasaan mencerminkan penyakit anda=


Assalamualaikum.. Salam sejahtera... arinih macam-macam komen didengari pada telinga SG selepas bajet 2012 dibentangkan.. Ada yang berpuashati, ada yang gembira.. tak kurang jugak ada mulut-mulut soh seh kata x puas hati.... Apa yang penting, kena ingat rezeki datang dari Allah... Kalau kita usaha tentu ada habuannya... yang penting keje derngan ikhlas.. 

Okehhh.. chill la.. tu pasal bajet.. Skrang SG just nak share ape yang telah dibaca kejap tadi.... macam best jer... 

Perasaan yang kita alami juga boleh memberikan indikasi terhadap panyakit yang sedang kita alami. Berikut beberapa sintom yang biasa kita rasa tetapi kebiasannya kita tidak memperdulikannya dan menganggap ia perkara biasa.

  • Rasa takut mengejut
    • Fungsi buah pinggang lemah
    • Lemah tenaga batin
  • Cepat naik darah / marah
    • Fungsi hati lemah
    • Tekanan darah tinggi
  • Rasa bimbang dan takut
    • Sistem paru-paru lemah
  • Rasa seoronok atau bimbang tanpa sebab
    • Sistem jantung lemah
    • Sistem saraf otak lemah
    • Masalah pengaliran darah
  • Suka berfikir dan berkhayal
    • Sistem penghadaman lemah

*Sumber WARTASHUBHI

Friday, October 7, 2011

=Sudah ketentuanNya, Antara Kerjaya dan Ibu Bapa=

Assalamualaikum.. Salam sejahtera, selamat menempuh hari jumaat penghulu segala hari, moga kita mendapat keberkatan dalam apa jua perkara yang kita lakukan...

07/10/2011@0605
Telefon berdering, menerima satu panggilan kecemasan, terdapat mangsa lemas di kolam renang di tempat sekian-sekian.. mangsa seorang wanita berumur lebih kurang 50an terapung dalam kolam renang... Staff yang bertugas segera ke tempat kejadian menaiki ambulans.. Setibanya di sana, mangsa terbaring kaku di tepi kolam. Berada disamping suami yang berumur yang tidak mampu berbuat apa-apa.. Cuma mengharap si mangsa akan sedar dengan kehadiran staff yang bertugas..

Nadi diperiksa, tidak dapat dirasai. Bebola mata diperiksa, tiada reaksi pada cahaya lampu. Pad mengesan rentak jantung diletakkan, tiada rentak dikesan. Tekanan dada dilakukan berserta 2 pernafasan melalui beg yang disambung oksigen diberi.. ubatan juga diberi dengan harapan mangsa akan sedar....

Selang beberapa ketika (lebih kurang 30 minit), mangsa masih tidak bernyawa.. tiada tanda-tanda kehidupan. Si suami yang mengharap diberitahu.. Si suami terkedu tak terkata.. Telah hilang tempat mengadu kasih.. Telah hilang tempat berteman... Anak-anak jauh di luar negara mencari rezeki katanya.... 

* * * * *


Kasih ibu membawa ke syurga, kasih ayah tiada tandingnya... Kasih anak-anak, semuanya jauh di mata.. Buat haluan masing-masing..





Thursday, October 6, 2011

=SPONTANEOUS THURSDAY # 6 : suprise=

tidak sabar menunggu esok menjelma,
harap kebajikan dijaga,
rakyat didahulukan,
pencapaian diutamakan

Tuesday, October 4, 2011

=ayam makin kecik... harga makin besar...=

Assalamualaikum... salam sejahtera buat pembaca Si Gajus (SG)...

Td SG blik kerja singgah dekat kedai nasi kukus ayam rempah... nak isi perut la maklumlah 1 hari puasa (sibuk sgt kerja, x sempat nak mkn)... makan punye makan SG terpikir.. rasa macam lain jer... lain bukan sebab ape, sedap memang sedapla.. tapi memang lain... SG selalu layan nasi kukus kat kedai nih... (xde pic nak share kedai nih.. tapi gerenti memang sedap, tmpat pun rahsia :P) sebab tuh SG rasa lain... yang lainnya saiz ayam tuh...hehehe...

bukannya apa, ingat harga dia still sama or makin murah sebab saiz ayam semakin kecil tapi sebaliknya, harga dah naik...  mujur still lagi sedap.. kalo makin x sedap x tahu la... so, layan jela... selamat SG bawak duit lebih... kalau ngam-ngam macam mana la.. mesti kena buat kerja partime kat situ sebab x cukup duit nak bayar...hihi...

terpikir pulak pasal situasi sekarang.. banyak barang dah naik... bukan setakat ayam je... macam-macam la... kos sara hidup pun dah meningkat... so, pandai-pandai la berjimat... SG cuma harap, adalah berita gembira hari jumaat nih... Amin.. InsyaAllah..

Friday, September 30, 2011

=The Road Not Taken [versi bahasa melayu]=

JALAN YANG TIDAK DIAMBIL


Dua jalan bercabang dalam kayu kuning,
Dan maaf saya tidak dapat perjalanan kedua-dua
Dan menjadi salah satu pengembara, lama saya berdiri
Dan melihat ke bawah sejauh yang mungkin
Di mana ia bengkok dalam semak;

Kemudian mengambil lain, sama seperti adil,
Dan setelah mungkin tuntutan yang lebih baik,
Kerana ia berumput dan mahu memakai;
Walaupun bagi yang lulus di sana
Sekiranya dipakai mereka benar-benar hampir sama,

Dan kedua-dua pagi itu sama-sama meletakkan
Dalam daun tiada langkah telah hitam sudah menjadi biasa.
Oh, saya memelihara pertama untuk hari yang lain!
Namun, mengetahui bagaimana cara menuju ke jalan,
Saya ragu-ragu jika saya harus kembali.

Saya boleh memberitahu ini dengan keluhan yang
Suatu tempat umur dan usia yang seterusnya:
Dua jalan bercabang dalam kayu, dan saya
Saya mengambil satu yang kurang dilalui oleh,
Dan itu telah membuat semua perbezaan.





*nukilan asal DI SINI
*di terjemah sepenuhnya oleh PAKAR TERJEMAH


sekadar suka-suka, carilah maksud tersirat disebalik yang tersurat, anda pasti akan temui apa pilihan terbaik dalam hidup anda.. semua terletak di tangan anda...

Friday, September 23, 2011

=bertuahnya bila berkepala BOTAK=

Assalamualaikum.. salam sejahtera...

apa pendapat anda bile anda(yang lelaki) berkepala botak atau kwn-kwn atau org yg tersayang anda berkepala botak??? anda kata macho???? atau anda x berapa suka dengan orang yang berkepala botak??? hrmm tuh selera masing2.. 

sebenarnya bertuah bagi sesiapa yang berkepala botak.. kat bawah nih aku nak kongsi dengan anda semua kelebihan-kelebihan orang yang berkepala botak....

  • Orang botak sering dikaitkan dengan kebijaksanaan. Tambah pula jika dia berkaca mata. Orang yang botak di bahagian depan kepala kita kata dia "ingat". Orang yang botak bahagian atas atau tengah kepala kita kata dia "pandai". Bagi orang yang botak pada kedua-dua bahagian kita kata dia "ingat dia pandai".

  • Botak jimat perbelanjaan. Tak perlu gunting rambut bagi hensem, cukup dengan cukur atau botakkan terus, jadi lambat tumbuh untuk dicukur semula kemudiannya. lagi jimat kalau beli mesin potong rambut sendiri dari China yang murah.

  • Wang juga dapat dijimatkan daripada membeli minyak atau gel rambut. Tak payah pergi ke saloon atau beli syampu untuk basuh rambut. Benda-benda tersebut bukannya murah.
  • Masa juga dapat dijimatkan untuk bersikat atau melaram didepan cermin. Rupa kepala selepas bangun tidur tak tergugat. Orang yang banyak rambut akan kelihatan tak siap selepas baru bangun tidur.

  • Lepas mandi cukup dengan sekali sapu kain tuala pada kepala terus kering. Tak payah gosok lama-lama atau gunakan pengering rambut. Sekali lagi jimat masa dan juga jimat duit.
  • Mandi mudah bagi kepala botak. Air yang dijirus terus mengalir ke bawah ke seluruh anggota badan lain. Jimat masa dan juga jimat air.

  • Ada juga pendapat yang berkata botak itu sunnah. jadi orang botak sentiasa dapat pahala sunnah asalkan pasang niat.

  • Kepala botak punyai kelebihan pada waktu panas. Kepala yang banyak rambut pada musim panas sering berpeluh dan gatal-gatal.

  • Solat bagi orang botak amat mudah walaupun terlupa bawa kepiah. Rambut tak akan menutup dahi ketika bersujud. Dalam Mazhab Shafie'e, dahi adalah salah satu anggota sujud.

  • Berwuduk mudah bagi orang botak ketika perlu menyapu tangan yang basah pada bahagian kepala. Elok sapu keseluruhan kepala dengan tangan yang basah, ianya lebih afdal

  • Bagi yang sudah berkahwin, isteri tak akan menaruh syak wasangka yang bukan-bukan. Samada melaram atau tidak sama saja. kepala tetap botak. Isteri tak risau.


dan yang paling penting, 

Kepala botak digabungkan dengan sejemput janggut menampilkan perwatakan warak, ini menjadi pendinding kalau ada niat nak buat jahat.. 

macam ni kan???? heheheheeh...
~ nilah imej terbaru aku...hahaha~

actually ada cerita disebaliknya... yang penting aku selesa berkepala botak.... biarlah apa orang nak kata pun.hihihihi..


Dipetik dari sumber yang dipercayai.. :)

Thursday, September 22, 2011

=entri MALAM JUMAAT : apa gunanya akal??=

Assalamualaikum.. salam sejahtera.. selamat menempuh malam jumaat... moga-moga mendapat keberkatan dan dipertemukan dengan perkara dan pengalaman  yang indah-indah... :)

setiap manusia dikurniakan akal fikiran... akal untuk berfikir.. untuk membuat penilaian ke atas setiap perkara... akal jugak digunakan untuk membuat segala keputusan dalam hidup...

ada yang gunakan akal untuk memberi nasihat kepada orang lain... macam dalam gambar  kat bawah nih...
-
-
-

niat orang ni sangat baik.. dan aku begitu respek dengan hamba Allah ni yang tidak segan silu memberi nasihat pada sesiapa yang membaca apa yang ditulisnya... sudah sah-sah hamba Allah ni pun berakal kerana mampu mengingatkan org lain... kata-katanya jugak ada betulnya...

tetapi korang fikirlah mana silapnya bila sesuatu yang nak disampaikan diconteng pada dinding tandas... baguskah macam nih???

ermm.. semua ada akal.. tahu membezakan mana baik dan yang mana buruk....


gajus berkata: jangan sampai orang kata kita ni bodoh kerana perlakuan kita yang kadang kala menunjukkan diri kita seorang yang bodoh dan tidak berakal

=SPONTANEOUS THURSDAY # 5 :

KALAU TAKUT DI LAMBUNG OMBAK, 
JANGAN BERUMAH DI TEPI PANTAI...

Monday, September 19, 2011

=pekerja berbaju uniform rata-ratanya lupa tanggunggjawab=

Assalamualaikum... salam sejahtera.. terima kasih anda kesudian anda menjengah blog aku nih...

Semalam aku menyinggah bersama rakan yang lain ke open house kakak kepada salah sorang teman serumah aku... terima kasih sangat2 kat tuan rumah (k.teh dan suami) sebab terima kehadiran kami... ghase menganggu sebab dah dekat pukul 12 tgh malam..heheh.. dasat kan. g open house umah org tengah-tengah malam... kalau org lain aku rasa da close house waktu macam tuh....

banyak sangat juadah dapat dijamah walaupun da last2 minit.. walaupun kata k.teh, menu express, tapi bagi aku sangat sedap... maklumla semua tengah lapar.. perut masing2 kosong sebab prepare nak g open house...hihihi

sibuk menjamu selera tuh, banyak jugak perkara yang dibualkan. especially dengan k.teh... actually, k.teh seorang guru Pendidikan Islam di sebuah sekolah rendah berdekatan.. banyak pengalaman dan perkara yang dibualkan... 

dalam asyik berbual-bual, k.teh ada bagitau aku, kebanyakan pekerja beruniform lupa akan tanggungjawab... bukan tanggunggjawab terhadap keluarga, bukan tanggunggjawab terhadap masyarakat tetapi tanggunggjawab kepada Allah.. yang aku maksudkan solat lima waktu... 


kenapa k.teh berkata sedemikian??
tugas sebagai guru biasanya berdepan dengan pelbagai karenah pelajar... ada yang baik. ada yang menurut kata.. tak kurang ada yang degil dan macam-macam lagi perangai dan tingkah laku... k.teh pernah bertanya kepada beberapa pelajarnya(yang agak nakal) tentang solat... "kamu solat tak???", jawab pelajar itu "TAKKK",  bila ditanya tentang kedua ibu bapa pelajar tersebut yang rata-ratanya pekerja berbaju uniform,dengan selambanya pelajar tersebut menjawab "TAKKK jugakk!!!!"....

ermmm....


gajus berkata: kita sering memperkatakan tugas kita terhadap masyarakat tu penting sebab kita dibayar gaji, tapi pernahkah kita fikir, tugas kita kepada Allah lagi penting berbanding segala-galanya... x kira siapa kita, berkerjaya ataupun tak.. beruniform ataupun tak... sebab Allah tak pandang semua tuh... yang penting hati kita ikhlas terhadapnya....

Saturday, September 17, 2011

=selamat bergathering.... (xde sape nak wish kat aku selamat berkerja ke??)?=

Assalamualaikum.. Selamat sejahtera buat korang...

jeles, cemburu, irihati.. semua ada... jeles sangat kat sape2 yang akan g... jeles sebab x dapat join gathering hari raya... jeles x dpt g jln2.. semuanya aku jeles!!!!


sebab ade tugas yang lagi penting... tugas yang telah diamanahkan pada aku (poyo tak ayat aku??)... tugas ni jugak la sumber rezeki aku... nak taknak aku kena kuatkan diri untuk jalankan tugas aku... aku pun perlu bergath jugak.. tapi dengan pesakit2 jela.. hup x la ramai akan join gath dengan aku...hehe.. InsyaAllah...

papepun pade sape2 yang pegi gathering, selamat bergathering esok... bawa kenderaan elok2.. pandu dengan berhati-hati... yang penting, pastikan tapau untuk aku jugak.... 

actually xde la cemburu sgt...hihihi...saje wat ayat poyo meraih simpati..hehe..  nak wat camne.. belum ade rezeki nak bergath bersama-sama lagi..



gajus berkata: xde sape2 nak wish kat aku selamat berkerja ke???


Friday, September 16, 2011

=Ku Serah Cinta=

Assalamualaikum... Salam sejahtera... Selamat Hari Malaysia...

Sebelum korang baca dengan lebih lanjut, set in mind, entri ni bukan berunsur jiwang semata-mata... untuk ingatan diri aku jugak.. manusia kalau tidak diingatkan pasti akan lupa...

malam jumaat, tunaikan tanggungjawab masing-masing.... setiap apa yang kita mahu lakukan, mulakanlah dengan niat yang baik. kelak yang baik juga kita dapat... 

sebut saja malam jumaat, apa yang akan terbayang di wajah kita, dalam fikiran kita dan dalam hati kita???
mahu tunaikan tanggungjawab batiniah (bagi yang kawin)  semata-mata?????  

tak kira dah kawin atau belum, tanya pada diri, mana arah tuju kita sebelum ini, selepas ini dan akan datang... mana tempat yang telah kita tempuh, dan akan kita tempuh.. adakah semuanya baik...

kita selalu kata, I love u, aku cinta padamu... semua ditujukan pada manusia... kadang-kadang kita lupa, kita ada Pencipta yang paling berhak untuk kita cintai.. bukan manusia semata-mata... 

sama-sama kita hayati rangkap-rangkap lirik lagu nih.. penuh bermakna...

KU SERAH CINTA- INTEAM
Ku serah segala ketentuan
Biarlah masa yang berbicara
Dipangku wajah yang layu
Dan aku telah jemu

Aku tidak mahu berpaling
Pada yang mengganggu dan menggugat
Sapanya meletihkan diri
Hadirnya mengundang penat

Akan ku serah cinta ini
Bukan lagi pada manusia
Kerana cinta martabat itu
Bersalut segunung kepalsuan
Dan kepuraan

Aku semakin tidak peduli
Apa yang mungkin akan terjadi
Kerana gerak dan tindakanku
Mahu bebas dari masalah

Ku serahkan cinta ini
Hanya padaMu, oh Tuhan

Akan ku serah cinta ini
Bukan lagi pada manusia
Kerana cinta martabat itu
Bersalut segunung kepalsuan
Dan kepuraan

Aku adalah aku sekarang
Biar terbuang tetap berjuang
Akan ku serahkan jiwa ini
Sepenuh hati dengan keikhlasan
Aku adalah aku yang sekarang
Ku serahkan cinta ini 



gajus berkata: mana kita pergi, dengan siapa kita berkawan, apa yang kita lakukan, ingatkan diri kita siapa kita, mana asal usul kita....



Thursday, September 15, 2011

Wednesday, September 14, 2011

=Dont break my heart=

Assalamualaikum.. Selamat sejahtera pembaca sekalian....

anda sayang diri anda??? sayang keluarga anda??? sayang orang sekeliling anda???

ungkapan sayang memang senang...  aku sayang die, aku sayang mereka, aku sayang aku....muahhhhh... senang je kan...

tapi kadang kala kita tak sedar apa yang kita buat sebenarnya tak menunjukkan tanda sayang pun.... 

contohnya kita mang sibuk mencari rezeki, pernahkah kite terfikir keluarga di kampung??? telefon sekurang-kurangnya 1 kali sehari, tanyakan khabar mereka.. terutamanya ibu bapa jika masih ada...

contohnya lagi kita lapar, kita pun makan.. pernahkah kita fikir orang sekeliling yang hidup susah hanya untuk mendapatkan sesuap nasi...

contohnya lagi bila kita susah, sibuk kita cari orang nak mintak tolong... bila kita senang, pernahkah kita ingat pada orang yang pernah membantu kita, bila mereka susah, di mana kita waktu tu...

contohnya lagi.... anda fikirlah sendiri



orang kata (perokok okeyh).. merokok adalah lambang kemachoan seseorang... kalau tak merokok tak macho... 

wahai perokok, anda pun tau effect2 merokok kan?? atau anda buat-buat tak tahu??? dekat kotak rokok pun dah tulis kan.. siap dengan pic lagi... tak tau la kalau anda layan daun jer... 

wahai perokok, anda tau tak nyawa orang sekeliling anda lagi bahaya berbanding anda jika terhidu asap rokok yang anda hembus... yang anda kata macho tuh....

aku tak mau berdalih lagi.. :)  tujuan utama nak share video nih jer... sorry, entri ni bukan wordless wednesday semata-mata.... anda pun penah tengok kat tv... 



apa yang aku suka selain dari mesej yang disampaikan adalah kata-kata wanita tersebut kepada anaknya... DONT BREAK MY HEART....


gajus berkata : ingatan untuk diri aku jugak.. anda buat anda dapat

=WORDLESS WEDNESDAY # 5 : vespa=


Tuesday, September 13, 2011

=tentang HUJAN=


-TQ cik google-

Diriwayatkan daripada Zaid bin Khalid al-Juhaniy r.a katanya:

Rasulullah s.a.w mendirikan sembahyang bersama kami di Hudaibiah, selepas hujan turun pada malam tersebut. Setelah selesai sembahyang, baginda menghadap kepada kaum muslimin, lalu bersabda: Tahukah kamu apa yang telah difirmankan oleh Tuhan kamu?

 Para kaum muslimin menjawab: Allah dan RasulNya lebih mengetahui,

 lalu Baginda bersabda: Allah berfirman: Di antara hamba-hambaKu, ada yang beriman kepadaKu dan ada yang kafir. Maka barangsiapa yang menyatakan: Kita dituruni hujan dengan anugerah dan rahmat Allah, orang itu beriman kepadaKu dan tidak beriman terhadap bintang-bintang. Sebaliknya orang yang berkata: Kita dituruni hujan oleh bintang ini atau bintang itu, maka orang tersebut kafir terhadapKu dan beriman kepada bintang-bintang.

Dipetik dari laman FORUMHADITH

=aku seorang jururawat, aku bangga!!! - re-post=

Assalamualaikum.. selamat petang sume.. hup korang sume sehat erk... pejam celik pejam celik arinih da 12 mei dah... ghase cepat mase brlalu.. aku ghase cam br smalam aku abih blaja...heheh...

actually aku ngantuk nih... maklumlah.. lepas keje mlm.. tadi pun blik da lewat.. ade prob kat tmpat keje... t aku citer erk pe prob die.. kang x beshh plak kalo aku citer skang..hihihi... tapi aku tetap nk update jugak.. maklumlah arinih ari spesel kan.. :-)

kalo korang ade view blog aku tentu korang tau keje aku kan... kan2... tapi tu pun kalo korang ade view la... tapi xpe.. gua xde kesah coz gua tau blog gua hanya blog picisan jer... n gua nih bukan retissss... :p

okeylah... fest of all.. aku nk ucapkan trima kasih kat korang coz sudi bace entry nih n skali gus sudi view blog aku nih... hup korang selesa erk aku bahasekan diri aku nih aku coz aku ghase lagi senang nk wat korang sume fhm...hihi.....

bile abih skolah dulu, x terlintas pun dalam fikiran aku nih nk jadi ape yg aku jadi skang... seyesly mang x penah pikir pun.. kalo korang pun.. especially laki erk.. adeke korang pikir nk jadi mcm aku? adeke?... dulu abih spm banyak yg aku apply n Alhamdulillah, dapat tawaran untuk smbg study kat UIA course arcitecture n dpt gak twrn kat maktab utk cikgu course math n BI... n yg pling best dpt gak tawaran study untuk course yg aku keje skang nih.... aku nk tanya korang, pe yg akan korang pilih??? pilihan banyak kat depan mata... waktu tuh mang aku buntu jugak.. x tau nk pilih yang mana... yelah ni kira masa depan aku la... penting weyh stiap pilihan aku tuh...

so aku mula la tanya family... tapi family aku x kesah sgt janji aku wat keputusan yg terbaik untuk diri aku... aku tanya gak kwn2 aku... setelah berfikir dlm2 n wat solat sunat istikharah, aku tekad pilih course yg aku keje skang nih... sebab-sebab aku waktu tuh nape aku pilih course nih:

1. jamin kerjaya coz ikat ngan kontrak keje bile abih blaja..
2. dapat elaun bulan2... maklumlah aku nih org susah, bagi aku loan nih susah kut...
3. blaja dari pengalaman spupu aku.. nurul die pun amik coz nih waktu tuh.. die ckp okeyh n best!!!
4. at least dgn amik course nih, aku bleh tolong family aku kalo diorg sakit... errr!!!

okeyh tuh citer dulu... aku malas nk citer pjg2 dah... sbab aku aku citer mesti bosan kan... citer pe yg de latest jer...

Alhamdulillah, skang dah keje as a JURURAWAT, bukannye cikgu, bukan arkitek tapi JURURAWAT... aku bangga... walaupun ari-ari stress, penat, n macam-macam la... aku bangga sebab aku mampu harungi semua tuh... 

hinaan, cacian, makian, aku x kesah... aku dah lali sume tuh... lantak la org nak cakap ape.. mang aku tau, masih ade segelintir yg memandang sinis lelaki berkerjaya seperti aku... konon patah la.. x malu la... weiyh perlu ke aku nk amik peduli semua tuh... bukannye aku nyusahkan mak bapak or diri ko... ko dtg spital pun sape yg attend??? adeke datuk2, datin2, tokey besar2 yg attend ko... nurse yg ko caci jugak yg attend ko kan... bagi ko ubat, suap ko makan, wat ape yg telah di order oleh dr... (tetibe feeling lebay)

okey, tadi aku ade janji ngan korang nk citer prob time keje td kan.. actually time keje mlm tadi aku ghase amat seday sangat-sangat... biaselah ade relative yang begitu kuang hajar... penat aku explain... seday giler ghase...  waktu tuh ade prosedur yg perlu aku lakukan kat pesakit (abangnyer)... aku arahkan relative menunggu di luar bilik rawatan dulu...  die berdegil nk jugak tengok ape yg aku wat... aku explain la baik punyer kan... die tetap degil n kate aku nih kuang haja... lagi seday weyh... siap nk komplin lagi... suh tunjuk polisi yg menyatakan relative kena tunggu kat luar waktu prosedur.. aku explain la.. mang polisi, setiap relative mesti tunggu di luar blik rawatan bile prosedur ingin dilakukan... so terpakse la aku jwab... tuh yg blik lambat... seday giler...  mang aku stress... tapi xpe.. at least abg die da sehat... tuh yg wat aku bangga.. biarlah ngan komplin die tuh... aku x kesah.. aku dah wat pe yg ptut... 

tuh baru skit... banyak lagi benda yg wat aku stress tambah2 keje kat emergency... keje kat emergency bukan sume benda bergantung pade doktor weyh...  kekadang  kena wat keputusan sdiri untuk menyelamatkan nyawa patient tuh... tambah2 kalo attend case ambulance... kat tmpat kejadian mane ade dr weyh... jadi misi nilah yg wat keputusan pe yg nk wat... hidup ke mati patient tuh... mang takut bile dapat case mcm nih... aku slalu doa moga patient yg aku attend tuh smpat di bawa ke hospital n terima rawatan sewajarnya...

banyak lagi cabaran yang aku kena tempuh... moga aku lebih kuat dlm menempuh hari mendatang sebagai seorang JURURAWAT..


yang penting JURURAWAT banyak mendidik aku bersabar, belajar dari pengalaman, memahami orang len dan seterusnya mengajar aku tentang penjagaan kesihatan... selagi kaki boleh melangkah, selagi mulut mampu mengungkap kata-kata, selagi jemari mampu bertatih, selagi khidmat diperlukan aku akan tetap teguh bergelar seorang JURURAWAT..

buat rakan-rakan aku  n sesape jer yg bergelar jururawat especially yang bertugas kat trauma dan kecemasan PPUM, SELAMAT HARI JURURAWAT...  sayang korang sume okeyh!!!! 





Monday, September 12, 2011

=Indahnya berterima kasih=

Assalamualaikum... selamat sejahtera wat korang... ni entri express sebelum aku pergi keje.... arini keje syif malam la...hihi



korang mesti slalu tengok pic ni kan.. bagi korang ni macam biase jer... sape pun penah tengok... coklat m&m's... biase jer... yer memang biase... tapi tak bagi aku... amat spesel... 

nilah salah satu pemberian seorang pesakit tua kepada aku di kala aku tamat syif berkerja... tanda ucapan terima kasih katanya.. aku amat terharu... terharu bukan dapat coklat.. tapi terharu dengan ucapan terima kasih.... segala penat lelah hilang bila ade yang berterima kasih... aku bukan mengharap... tapi sekurang-kurangnye ape yang dilakukan dihargai...

 itulah salah satu sebab mengapa aku bangga menjadi jururawat.. itulah indahnya berterima kasih.... memang senang sebutan die.. tapi tidak ramai yang mampu menyebut... 

actually ni daripada sambungan kisah entri YANG NI yang tak sempat aku share ngan korang.... 

Saturday, August 27, 2011

=aku dah dapat name baru=


Assalamualaikum... selamat petang... lagi 2 jam lebih mahu berbuka kan.. sabaryer.. tak lame dah...

pejam celik pejam celik, Ramadhan bakal melabuhkan tirainyer... ade seday, ade gembira... yang penting perbanyakkan amalan... berdoalah moga dipanjangkan usia dan ketemu lagi kite pada Ramadhan akan datang.... InsyaAllah...

skang nih masing2 sibuk wat kuih raya kan...  maklum lah nak raye.... korang pun tau kan macam-macam name kueh raye ade.. kekadang yg tak pernah dengar pun ade.. lainlah name2 yg da biase mcm baulu, almond london atau karipap(tetibe tringat kat karipap)....

papepun aku baru jer dapat name baru untuk kuih raye, t start taun depan boleh la korang gune pakai... tapi rupe or bhn2 untuk kueh2 nih korang reka sndiri yer... aku bagi idea jer.... 

epuk-epuk keledek
batangburuk berjuntai
purnama mengembang
siput sedut semput

dan

kekumbangan kesunyian

errrrr... ok tak??? kedit to si akak cantik :)